TIPS RAWATAN UNTUK KAKI TERSELIUH!



Assalamualaikum dan salam sejahtera .

TIPS RAWATAN SEJURUS KAKI TERSELIUH! | Keseliuhan pergelangan kaki adalah kecederaan yang agak lazim, dan kebanyakan okrang akan cuba merawat kondisi ini sendiri. Namun jika salah caranya, keadaan kaki boleh jadi semakin teruk.


Tips kesihatan , tips rawatan kaki , rawatan kaki terseliuh , ankle sprains , cara merawat kaki terseliuh



1. JANGAN URUT
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

2. JANGAN TUAM HABA
Tuamkan haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.

3. JANGAN SAPU MINYAK PANAS/GAMAT
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.

4. JANGAN ABAIKAN KESAKITAN
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka(mungkin open fracture).

5. PERLU REHAT
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak(axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk berambulasi.

6. PERLU TUAM AIS
Sejurus selepas kecederaan lakukan tuaman ais. Tuaman ais selama 20 minit setiap 2-3 jam dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk. Rejim tuaman ais ini disarankan dibuat sehingga 48-72 selepas kecederaan.

7. PERLU BALUT
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.

8. PERLU TINGGIKAN
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.

TIPS RAWATAN UNTUK KAKI TERSELIUH! TIPS RAWATAN UNTUK KAKI TERSELIUH! Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 10:31:00 PG Rating: 5

25 ulasan:

  1. Tq for info yg berguna.kalo jd boleh guna tips ni

    BalasPadam
  2. Nice sharing CCL. Rupanya banyak yang jangan buat, selalu yang tu kita buat dulu. Hehe...

    BalasPadam
  3. this is really needed! thank you for this info

    BalasPadam
  4. nice sharing. kadang2 saya pun tak tahu nak buat apa bila terseliuh.


    Aerill Hassan

    BalasPadam
  5. kalau terseliuh memang tak berani urut cuma letak minyak panas je. Dah surut sikit baru urut

    BalasPadam
  6. Kalau ikut prinsip medical, kita follow resipi ini:
    RICE
    R= Rest
    I= Tuam dengan ais untuk kurangkan sakit
    C= Kita ikat jangan bagi tempat tu bergerak (biasanya kita akan pasang splint atau POP)
    E= Elevation. Iaitu kita tinggikan kedudukan kaki/tangan yang tercedera/terseliuh tadi.

    BalasPadam
  7. kaella baru jer terseliuh kaki, main sakan dengan sukan bola jaring hehe

    BalasPadam
  8. ramai yang selalu buat adalah urut kan. sebenarnya salah kan. terima kasih info ni

    | blog helloaiman |

    BalasPadam
  9. terima kasih tips nya.

    sangat berguna.

    BalasPadam
  10. Mrs. A pernah kena ni time main netball.
    Semua tips tu buat tapi bila dah tak bengkak Mrs. A tetap juga pergi urut dengan makcik kat kampung. Alhamdulillah okay.

    BalasPadam
  11. veru good sharing! rawatan awal bulan sabit pun, ini lah yang diajarnya :D

    BalasPadam
  12. bab urut2 ini biar yang pakar selesaikan :)
    info yang bermanfaat.... terima kasih

    BalasPadam
  13. ni ambil kat twitter sorang Doktor tu kan? sebab haritu ada baca ni kat twitter hehehee.

    BalasPadam
  14. Setuju point 1. Hari tu CR tersliuh memang tak leh nak gerak terus, ramai suoh urut tp CR tanak sebb pernah baca lagi teruk kalau urut...

    BalasPadam
  15. Good sharing CCL..baru2 ni ada officer kat ofis, terseliuh masa jalan kaki otw ke opis...ada member dia cari tukang urut..baru tahu upenya tak leh urut...

    BalasPadam
  16. Good sharing CCL..baru2 ni ada officer kat ofis, terseliuh masa jalan kaki otw ke opis...ada member dia cari tukang urut..baru tahu upenya tak leh urut...

    BalasPadam
  17. Alahai berguna sangat info ni.. Slalu time terseliuh trus urut kaki😱

    BalasPadam
  18. makasih atas infonya sangat penting
    www.monsterbola.net
    situs bola online

    BalasPadam
  19. boleh cuba tips2 ni...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum CCL. Aida dtg terjah blog :-)
    Hadoi! Aida pernah terseliuh tang buku kali, CCL. and penderitaan nyer hampir setengah tahun hu hu hu... Allahu Akbar. berjalan bukan main payah!

    BalasPadam
  21. seksanya kalau terseliuh kaki.. kena pastikan yg ia tak makin teruk dengan mengikuti tips2 ni. TQ!

    BalasPadam
  22. good info ..thanks for sharing..done follow your blog

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.