RESEPI : PENGAT PISANG BERANGAN BERSAMA SAGU



Assalamualaikum dan salam sejahtera . 


cara mudah membuat pengat pisang, masakan tradisi, pengat pisang, pengat pisang berangan, pengat pisang berangan bersagu, pengat pisang bersagu, resepi, resepi pengat pisang bersagu,


RESEPI : PENGAT PISANG BERANGAN BERSAMA SAGU | Menu yang tak pernah lapuk dek telan zaman . Salah satu makanan tradisi juga ni Pengat pisang berangan bersagu kurang manis kurang manis sesuai untuk minum petang.. alhamdulillah.


Bahan-bahan :

> 11 biji pisang berangan
> 3 cawan santan pekat
> 2 cawan air
> 2 sudu besar sagu biji (halus) - rendam 1/2 jam dgn air biasa kemudian basuh di air paip yg mengalir menggunakan penapis sebelum digunakan
> 1 ketul kecil gula melaka ( anggaran lbh kurang  tak sampai 1/2 cawan atau boleh juga ikut citarasa manis takat mana yg anda suka)
> 3 helai daun pandan - cuci bersih & simpul
> secubit garam



Cara penyediaan :

1. Masak gula melaka bersama air hingga larut.

2. Pisang dipotong serong atau ikut kesesuaian dan citarasa.

3. Masak santan bersama secubit garam dan daun pandan. Pastikan sentiasa dikacau supaya tak membuak, api jangan terlalu besar..

4. Masukkan biji sagu yang telah di tos.. Kacau sentiasa sehingga biji sagu nampak agak jernih sedikit.

5. Masukkan pisang yang telah dipotong dan terus masak hingga biji sagu jernih sepenuhnya...(pastikan tak berhenti mengacau2 kuahnya supaya santan tak berketul2).

6.. Akhir sekali tapiskan air gula melaka ke dalam periuk & masak seketika... Jika nampak terlalu pekat boleh tambah air panas & terus masak lagi hingga mendidih...rasa dulu.. kalau kurang manis boleh tambah gula pasir .

7. Sedia utk dihidangkan ketika masih agak panas atau boleh juga dinikmati setelah disejukkan dalam peti sejuk.

RESEPI : PENGAT PISANG BERANGAN BERSAMA SAGU RESEPI : PENGAT PISANG BERANGAN BERSAMA SAGU Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 5:38:00 PTG Rating: 5

24 ulasan:

  1. Sedapnya pekena dengan kopi o...

    BalasPadam
  2. ya Allah sedapnyaaaa nak plishh

    BalasPadam
  3. nampak menyelerakan kak kek tu :) any good joob

    BalasPadam
  4. Sedapnyaaa ada biji sagu dalam pengat.. Kruk kruk

    BalasPadam
  5. Sis try buat vlog youtube resipe memasak..mesti ramai sambutanya

    btw bole dishare ya post ini untuk kakakk sy :P



    BalasPadam
  6. Ya Allah, sedapnya.. lama tak makan pengat pisang

    BalasPadam
  7. Masak pengat ni tade la susah sangat kan? senang jer. Janji bahan2 watak utama penting :)

    BalasPadam
  8. Kadang-kadang mengidam juga nak makan macam ni nak masak malas hehehe nak cari kat luar tak ada tapi dah ada resipi macam ni ok lah boleh buat nanti hehehehe...

    BalasPadam
  9. huhu tengok pun dah tahu sedappp nak skettt

    BalasPadam
  10. Sedapnya...lama dah tak makan pengat ni

    BalasPadam
  11. Ini feveret sy ni, sy suka sejukkan dlm peti sejuk duly lg kik

    BalasPadam
  12. fav kan ana ni CCL. terliur tgk gambar ni. sedapnyaaaa.... kak ana plg kalau makan plg suka part sagu tu.

    BalasPadam
  13. lama giler xmkn pngat pisang ni. sedapp

    BalasPadam
  14. terliur dah teman nengoknya.. memang antara kegemaran teman ni.. nyum2.. leh try resepi ni gak nti..

    BalasPadam
  15. Nampak sedapnya.. Nak makan.. Great recipe... Jom, let's try make and eat it..

    BalasPadam
  16. Boleh buat nnt ni..mcm sedap jak hehe

    BalasPadam
  17. ni makanan fav ni..sedap sangat

    BalasPadam
  18. Long time did not eat Pengat pisang. Seem so delicious the dish

    BalasPadam
  19. Ya Allah.. Sedapnya.. Lama tak makan..

    BalasPadam
  20. Mmg feveret saya ni. Lagi sedap kalau mkn sejuk2

    BalasPadam
  21. Sedapnya.. boleh try ni. Terima kasih sudi berkongsi resipi.

    BalasPadam
  22. Buat kuah lebih sikit.. cicah roti... sedapppp....

    BalasPadam
  23. Kalau tercair mcm mana nk adjust ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.