CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Tipa mekap tahan lama, cara mekap yang betul, tips kecantikkan, tips makwup tak bercapuk, makeup kekal tahan lama,serum muka,pelembap muka, face primer, concealer, compact powder,loose powder, pemilihan foundation

CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA Korang yang baru nak main main dengan alat makeup, baru nak belajar belajar makeup tu kan.
Penting untuk korang tahu step yang betul dalam bermekap supaya hasil nanti lebih kemas, lepas tu takde la bercapuk muka tu nanti.Jadi macam mana nak mula? Meh CCL share apa yang perlu 


(1) PELEMBAP
Pelembab penting kerana berfungsi melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit.Pilih pelembap yang sesuai dengan kulit sama ada dalam bentuk water based, oil based


(2) SERUM & ESSENCE
Item ini depends kepada keadaan kulit korang.
Kedua dua produk ni banyak fungsinya terutama dari segi merawat kulit dari dalam.Kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum, kalau takut kulit cepat tua dan berkedut.


(3) PRIMER
Primer ni antara step penting yang tak boleh skip tau kalau nak mekap korang tahan lama.Bergantung kepada jenis primer yang korang guna, mekap akan bertahan berjam jam tanpa cair dan bercapuk. Primer  bertindak sebagai ‘base’ yang akan membuatan mekap ‘cling’ pada kulit lebih lama.


(4) CONCEALER
Concealer ni tak wajib kalau kulit korang cantik elok je, tapi kalau dah penuh dengan segala cela macam bekas parut jerawat, mata panda haruslah pakai concealer.Concealer ni pekat likat berbanding foundation, jadi apply sedikit jer pada tempat yang problem, dan blend sehingga cela tak kelihatan. Untuk korang yang jenis kulit cerah hingga kuning langsat boleh pilih concealer yang mempunyai tone kuning, untuk kulit sawo matang hingga gelap boleh pilih tone kemerahan.


(5) COMPACT / LOOSE POWDER
Tujuan utama powder ini adalah untuk kurangkan kesan lekit pada foundation khususnya foundation jenis cecair.Ia tak sama dengan jenis two-wayc cake,  sebab bedak kompak boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.Nak pakai ke tak nak, terpulang pada korang.


(6)PEMILIHAN FOUNDATION
Memilih foundation yang betul salah satu langkah penting untuk bagi mekap tahan lama.Pilih foundation yang betul berdasarkan jenis shades,  coverage, dan juga finishing yang tepat.Untuk nak bagi mekap tahan lama boleh pilih foundation yang berjenis long wearing


(7) SETTING/ MAKEUP SPRAY
Last step yang sangat penting, tapi ramai yang pandang remeh. Finishing spray ini bertindak sebagai final touch yang akan bantu ‘hold’ kesemua produk mekap yang telah diletak atas kulit. Fungsi finishing spray buat mekap nampak lebih glowing dan fresh. Korang boleh cari finishing spray yang boleh beri kelembapan pada kulit sekali. Untuk bagi mekap tahan lama dan tak bercapuk, yang sebaiknya kita jaga kulit dari dalam.


Step basic penjagaan kulit wajah seperti mencuci muka, pakai toner, serum, skrub dan pelembap adalah step wajib. Bila skin dah flawless automatik makeup pun lebih cantik.

CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP TAHAN LAMA CARA MEKAP YANG BETUL & BAGI MEKAP  TAHAN LAMA Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 5:13:00 PG Rating: 5

30 ulasan:

  1. susah jadi ladies ni. macam2 kena tempek dekat muka. tapi itulah kecantikan ialah aset utama wanita.

    BalasPadam
  2. Bagus juga kongsikan tujuan sebenar dalam step penjagaan muka. Kadang2 kita ikut step penjagaan tapi tak tahu sbb. Sekarang dah jelas :)

    BalasPadam
  3. wah terbaik tips ni...TB tak pandai bab2 ni.. TB pun tak tahu tentang kegunaan primer .. makeup spray semua tu.. lepas baca entri ni baru tahu.. heee tq

    BalasPadam
  4. nampak macam susah tapi sha buat step ni everyday haha

    BalasPadam
  5. Thanks for the sharing. Baca je la..nak amalkan kan, nnt apa orang kata..hehe

    BalasPadam
  6. Akak guna compact powder je....hehe. kalau ikutkan memang banyak la nak kena guna.

    BalasPadam
  7. I memang suka pakai makeup dan semua steps di atas i TAKKAN missssss pakai, lagi satu memang I akan pakai primer... untuk kasi makeup last long and prevent cakey hehe

    BalasPadam
  8. Thank you ye. Saya memang tak pandai benda2 gini. Memang tepek bedak compact dgn pelembap je

    BalasPadam
  9. Step yang paling penting kalau fatin, mesti wajib pakai spray dulu, lepastu mosturizer, dan primer.

    BalasPadam
  10. Wahh sesuai sangat ni untuk kaum hawa yang suka berpenampilan kemas dan cantik. Hihi. Perkongsian bagus!

    BalasPadam
  11. Byk yer step. Huda tak suka make up, sbb kena bersiap lama.hehe..

    BalasPadam
  12. 7 step untuk make up je belum start dari cleanser what so ever tu kan. Hehe ssh jugak nak make up ni. Kalau AR jawab dia terima kasih je lah. Haha

    BalasPadam
  13. Betul semua tu langkah langkah utama sebelum make up...

    BalasPadam
  14. Totally agree with u especially setting spray and primer is very important!

    BalasPadam
  15. Banyak nye step dia. Kak ana mmg fail bab2 ni. Selalu hanya apply aloe vera gel kemudian keluar terus. Make up boleh kira berapa kali je setahun.

    BalasPadam
  16. Banyaknya steps dia. Susah jadi ladies nie. Janji jam 8, kne start bersiap jam 5 😂😂

    Takpe, yg penting hasilnya cantik.

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  18. Tak berapa pandai sgt make up tapi ada beberapa step kat atas ni k fiezz amalkan...

    BalasPadam
  19. suka pakai pelembab sebab kulit muka mmg jenis yang cepat kering... memang selalu guna step dan tips macam ni... tq sharing boleh refresh balik mana yang tertinggal

    BalasPadam
  20. Good sharing and sometimes I will apply on mask. After mask effect, the make up more stand up.

    BalasPadam
  21. Nak make up yang cantik,kemas dan elok kena guna cara yang betul dan kalau nak cari make up yg tahan lama onie suggest pakai brand yang mahal sikit dan original. Mahal tu bergantung pada diri. Ikut kemampuan. Heee

    BalasPadam
  22. tumbs up for this post!
    i really need it

    BalasPadam
  23. Terbaiklah sharing ni. Beruntung gadis-gadis kat luar sana yanv tercari-cari tips untuk make up dengan betul

    BalasPadam
  24. Sampai sekarang, saya masih failed bab2 makeup ni.. X reti sungguh.. Hihi

    BalasPadam
  25. Nice sharing CCL.. Saya pun xde suka sangat nak bermekap macam retis nie tapi suka tengok mekap cantik..

    BalasPadam
  26. Ada beberapa step kat atas ni, mmg k.fiezz praktikkan..

    BalasPadam
  27. Nice info, nak kena cari pelembab rasanya...

    BalasPadam
  28. Akak dulu main hentam jer. Tak sapu pelembap atau serum pun. Terus tempek foundation kat muka. Memang bercapuk la ditambah pula dengan kulit muka kombinasi. Tapi lepas belajar dari youtube, baru tahu cara yang betul. Heheheh... Ikut step yang CCL bagitau ni la.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.