KACANG BUNCIS GORENG SOS TIRAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera

KACANG BUNCIS GORENG SOS TIRAM YANG MUDAH  | Hai korang !! CCL nak share satu resepi campak-campak je dah siap . Semudah ABC tau !! . Sebelum tue CCL nak tanya korang suka makan kacang buncis tak ? Sedikit info CCL nak bagitau korang yang penggemar kacang buncis ni . Kalau nak tahu kacang buncis ni kaya dengan protein tau untuk badan kita . So CCL nak share resepi  kacang buncis goreng sos tiram . Selalunya kacang buncis ni digoreng sahaja. Korang kacang buncis ni masak apa ? Kongsi-kongsi sikit resepi selain dari kacang buncis ni digoreng mana tahu boleh dibuat kerabu or masak lain-lain kan .



kacang buncis,resepi kacang buncis,kacang buncis goreng sos tiram,kongsi resepi kacang buncis,kacang buncis kaya protein ,blog masakan ,resepi mudah



Bahan-bahan

■100gm sayur kacang buncis
■3 ulas bawang putih 
■3 ulas bawang merah
■1/2 cawan udang segar boleh digantikan dengan      sotong ataupun ayam 
■1 biji cili merah 
■1 sudu besar sos tiram
■Sedikit air (2-3 sudu)
■Aji (optional)
■1 sudu besar minyak masak



Cara-cara:

1. siang sayur ikut cara masing-masing.Pastikan basuh bersih-bersih sebelum di siang yer.

2. hiris bahan- bahan di atas bawang merah,bawang putih ,dan cili merah

3. panaskan minyak masak dalam kuali.tumiskan bahan-bahan yang dihiris bersama udang segar & cili merah yang dihiris nipis juga tadi. Tumis hingga naik bau.

4. selepas itu masukkan 2-3 sudu air bersama sos tiram ,Kuatkan api Maximum..Masukkan sayur.. setelah sayur hampir empuk dah sesuai rasa boleh laa di hidangkan..

Selamat mencuba resepi yang simple ni . 

KACANG BUNCIS GORENG SOS TIRAM KACANG BUNCIS GORENG SOS TIRAM Reviewed by ✿Cik Cappuccino Latte ✿ on 9:08:00 PTG Rating: 5

35 ulasan:

  1. sayur favourite sis kacang buncis ni tau!!! favourite no1.. makin syok kalau goreng kejap je ngan udang.. rangup2 manis2.. ya Allah sedapppp

    BalasPadam
  2. Hmmm dapnya tengok! Susah nak makan lauk2 dah sekarang, food court kat tempat keje jual makanan macam nasik ayam, nasik goreng, gitu je T_T

    BalasPadam
  3. Sis suka sangat kacang buncis compare to kacang lain..
    Kacang buncis memang sesuai masak tumis camni CCL, sedap!

    BalasPadam
  4. Sedapnya, Kak Sue pun suka juga kacang buncis. Selalu Kak Sue masak tumis pedas ja,tapi kalau buat masak lemak pun sedap cuma jangan terlalu masak sangat lah sayur tu kan..

    BalasPadam
  5. Haah mmg sdap pun sayur ni.. Da la mudah nak masak.. Boleh la buat tambah2. List dalam menu masakan harian.. Tq atas perkongsiannye..

    BalasPadam
  6. Saya suka makan sayur dgn sos tiram. Sedap

    BalasPadam
  7. Sis boleh je makan kacang buncis..tpi kalau letak sebelah kcg pjg mmg sis tak ambik kcg buncis ni..hehehe

    BalasPadam
  8. Zaman sekolah dulu duk di asrama. Antara sayur yg favorite kalau makan di dewan selera. Sebab dia crunchy compare to kancang panjang

    BalasPadam
  9. Sedapnya kacang buncis! Memang favorite Rawlins nie. Nanti nak suh mak masak gini la. Hahaha

    BalasPadam
  10. Akak pun masak macam ni CCL...ari tu buat yg telur pecah tu..anak-anak x suka plak

    BalasPadam
  11. owh mudah gak menu ni..nak kena rajin masuk dapur la pasni hehe

    BalasPadam
  12. Memang sukakn kacang buncis. Selalu masak gunakan sos tiram juga. Sos tiram adabi bg Bella sedap. Ada udang tu lagilah sedap hasilnya.

    BalasPadam
  13. Wah dah lama tak makan kacang buncis. Nt boleh masak ikut resepi CCL pula. Tq CCL kongsi resepi ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

    BalasPadam
  14. Suka kacang buncis goreng dengan telur. Dapat lauk tu je pun cukup dah.

    BalasPadam
  15. Resipi mudah dan sangat sedap serta health kita suka kacang2 macam ni kacang panjang dan kacang botol hehehehe best lah boleh cuba nanti...

    BalasPadam
  16. Rajinnya CCL masak. Untung bakal suami CCL nanti dapat wife yang rajin.

    BalasPadam
  17. Mudah dan pasti sedap kan... blm pernah goreng kacang buncis dgn sos tiram... akan cuba nanti tk atas resepi yg simple mi...

    BalasPadam
  18. yesss! sos tiram makes every food better! and i prefer to fried my kacang buncis sampai lembik! hehe thanks for your recipe!

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  19. ENAK DI MAKAN DENGAN NASI PANAS

    BalasPadam
  20. Dah lama tak makan kacang buncis, so lepas ni boleh cari dan try masam goreng sos tiram pulak lah

    BalasPadam
  21. Sayur favourite! Dulu kecik2 tak makan sayur sebab nak ingatkan semua pahit macam sawi rupanya kacang buncis ni sedap sgt hee

    BalasPadam
  22. walaupun simple tp menu ni sngt sedappp.. makan dgn ikan goreng. fuh! hehe

    BalasPadam
  23. Sedap. Walaupun nampak simple, hai menyelerakan.. thank you share resepi.. boleh kak Rose cuba nanti ...

    BalasPadam
  24. Kacang buncis ni memang favourite sy tau

    BalasPadam
  25. Dh lama xmkn kacang buncis... Sbb org rumah xsemua suka..sedap ni...

    BalasPadam
  26. Simple tp nyym2 rasa.. nk buat la sok

    BalasPadam
  27. Menu simple tapi sedap.. Tambah2 lagi ada udang. Yummy

    BalasPadam
  28. Febret abe ni.. Rasa dalam blog kak ekin share resepi kacang buncis goreng telur

    BalasPadam
  29. Rajin dia memasak.. Antara fav sayur shad jugak ni.

    BalasPadam
  30. Kat kg mak tb suka masak ni tapi tak letak udang.. mak letak daging sebab daging je mak boleh makan

    BalasPadam
  31. Resepi simple macam ni lah paling selalu buat dan sedap. Hehe iday suka letak udang. Hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Dikuasakan oleh Blogger.