PETUA HILANGKAN PEPIJAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera 



 petua hilangkan pepijat , tips hapuskan pepijat , gambar pepijat , apa itu pepijat , tanda -tanda ada pepijat , pepijat bahaya , pepijat pada tilam

PETUA HILANGKAN PEPIJAT  Pernah nampak pepijat ? ala yang kecil-kecil tu biasanya susah nak tengok sebab kulitnya telus (transparent). Tapi lepas pepijat tu dah selesai hisap darah boleh tengok badannya bertukar merah. Seekor pijat yang dah kenyang hisap darah, boleh hidup sehingga 6 bulan tanpa menjamah sebarang makanan lepas tu. Pijat nie suka menyelit di celah-celah sofa, katil, celah dinding, lantai .Tempat yang paling digemarinya ialah tilam dan bantal.



petua hilangkan pepijat , tips hapuskan pepijat , gambar pepijat , apa itu pepijat , tanda -tanda ada pepijat , pepijat bahaya , pepijat pada tilam


Bila dah terkena serangan pepijat ni , kenalah rajin menjemur tilam dan pakaian. Sebaiknya baju dan seluar direndam dalam air suam atau air panas terlebih dahulu sebelum dibasuh. Tilam dan bantal WAJIB dijemur bawah panas matahari 2-3 kali seminggu. Kalau jemur tiap-tiap hari terbaik! Tepuk-tepuk atau tumbuk dan ‘kungfu’ tilam dan bantal bucuk yang dijemur tu untuk ‘menggugurkan’ askar-askar pepijat yang bergayutan.

Ada bilik yang lantainya dari kayu atau dinding yang dihias dengan kayu. Jika dirasakan dah dihuni pijat, sembur seluruh bilik dan celah-celah kayu dengan ridsect atau shiledtox dsb.nya. Sembur dengan perasaan ‘geram’ dan tutup pintu bilik rapat-rapat. Lepas sembur lebih kurang setengah jam, akan kelihatan pijat-pijat semua keluar. Buang pijat-pijat tu pastu dinding semua curah dengan air panas yang baru mendidih untuk matikan telur-telur dia.


Kalau rajin lagi, tutup sebarang rekahan atau lubang-lubang pada dinding dan lantai dengan ‘melting glue’. Gam yang orang guna untuk buat kraftangan atau barang hantaran kahwin tu. 


korang juga boleh gunakan kulit durian .Cari kulit durian dan letakkan di bawah katil atau kat tempat yang dirasakan ada pijat. Biarkan di situ beberapa hari. InsyaAllah dalam 4-5 hari akan dapati banyak pijat yang mati. Ada juga pepijat yang ‘lari dari rumah’ sebab tak tahan dengan bau durian tu. Bagi tuan rumah yang tak tahan dan akan pening dengan bau durian pun akan lari juga…heheh

Jika korang sendiri tak tahan dengan bau durian, boleh gantikan dengan kulit limau nipis. Letakkan di tempat-tempat yang dirasakan strategik.

Selain dari guna durian. Petua yang ramai orang kata berkesan ialah dengan menggunakan daun durian belanda,tapi sekarang dah susah nak cari daun durian belanda , bukan setakat daun , rupa pokok pun dah jarang nampak . 


Daun serai pun boleh menghilangkan serangat pepijat Ambil daun serai dengan batang-batangnya sekali. Tumbuk-tumbuk agar hancur sedikit supaya ‘aromanya’ lebih menusuk. Letak kat bawah tilam dan katil. Beli kapur barus. Hancurkan dan tabur di bawah katil dsb.nya. Letak juga kat celah-celah rekahan atau lubang-lubang di lantai.


Kalau tak suka sembur-sembur racun serangga atau tak yakin dengan petua-petua dalam tu buat gotong-royong satu keluarga. Keluarkan semua barang dalam rumah. Cuci lantai, dinding, siling, kipas siling dan cuci semua barang yang boleh dicuci termasuklah perabot kayu dan tak kayu. Mop lantai rumah dalam tempoh berkala, 2-3 hari sekali. Lap perabot dalam tempoh berkala jugak atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.


semoga tips - tips yang CCL share dapat membantu korang .



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. lepas makan durian, kulit habis buang..dah lupa dah..sedap sangat makan durian..boleh cuba cara yang lain tu

    BalasPadam
  2. Nice info CCL, kalau kena pepijat ni boleh kena gatal seminggu kan...

    BalasPadam
  3. dulu liez pernah kena serang pepijat seluruh bdn.. ms tu check inhotel murah dekat kelantan.. br baring dlm 5 min,tiba-tiba gatal.. tgk badan bintat2 banyak.. them nmpk la seekor pepijat dh buncit

    BalasPadam
  4. mmg kalau sekali ada pepijat mmg seksa rasanya...habis gatal2 badan..mmg payah nk cari daun durian belanda ni..even kat Belanda pun tak jumpa tau..hehe

    BalasPadam
  5. Guna kulit durianlah.. Wangi je bau durian kat umah.. hehehe

    BalasPadam
  6. Guna kulit durian dgn serai tu ok lagi..Kalo guna kapur barus tu seram sikit...Huhu

    BalasPadam
  7. nice sharing CCL.. thank you <3

    BalasPadam
  8. dulu pernah kena gigit sekali dengan pepijat ni, aihh gatal dia tu boleh tahan jugak tau, sampai pergi hosp minta jarum sebab tak tahan gatal. tapi petua serai tu bagus sangat. sebab dulu saya pun hilangkan guna serai wangi yang ada jual dekat kedai, tinggal spray kan je dekat tilam and so on.

    BalasPadam
  9. uish!! dgr nama pn terasa lgi 'bisa' gigitan vampire kecik ni..
    jom tgk kat sini, mgkin dpt membantu
    https://umienurpu3.blogspot.sg/2015/06/pijat-pepijat-bed-bugs.html

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas perkongsian.
    Boleh cuba ni takdelah susah sangat petuanya tu.

    BalasPadam
  11. bagus tips ni. thanks for sharing. tak pernah lagi kena pepijat ni

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan