Jumaat, 6 Oktober 2017

HASRULHASSAN.COM: Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM


HASRULHASSAN.COM: Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017  | Hari ni settle urusan yang ada di office , sekarang mood nak blogwalking rakan-rakan blogger , tengah -tengah blogwalking CCL ternampak satu segmen yang tengah on going . Segmen ni jugak dianjurkan oleh blogger otai , blogger otai Hasrul Hassan , tujuannya nak cari bloglist untuk akhir tahun.so tanpa membuang masa , CCL terus joun . Kalau ada rezeki terselit lah blog CCL dalam blog Hasrul Hassan . 


Apa yang menarik dalam blog " cikcappuccinolatte.blogspot.my " 
CCL terjebak dalam dunia blogging sejak tahun 2010 . Pejam celik pejam celik mak oii lama bebenor dah rupanya . Apa yang menariknya di awal dalam dunia blogging nama asal blog ialah cyanxkamo.blogspot.com sengaja suka-suka  CCL letak nama tue .tapi sekarang dah ada link blog yang baru nama yang baru Cikcappuccinolatte .Macam mana CCL boleh dapat nama Cikcappuccinolatte ni disebabkan CCL seorang penggemar minuman kopi terutama cappuccino,latte dan nescafe . Asal tiap-tiap hari mesti minum . So terhasil nama blog tersebut . Sepanjang dalam dunia blogging warna untuk tema blog tak ubah-ubah ke warna lain , still dengan pilihan soft pink walaupun tukar template . Apa isi yang ada dalam blog CCL . CCL dapat kategorikan blog CCL sebagai lifestyle blog, personal blog, review blog . Kadang-kadang  semua cerita nak dikongsikan dalam blog ibarat diari online masa kini .

Macam mana CCL tahu kewujudan blogger Hasrul Hassan ? 

Kalau sebut blogger Hasrul Hassan mungkin ramai yang kenal . CCL anggap blogger HH sebagai blogger otai ,CCL kenal blogger HH melalui dunia blogging. blogger HH ni seorang yang pakar seo kot , banyak tips-tips berguna yang dia tak kekok untuk share dengan blogger lain .CCL kadang-kadang terjah juga tips yang ada dalam blog HH ,selok belok tentang SEO , selok belok tentang nak jana pendapatan dari blog dan macam-macam lah . Kadang-kadang masuk entri bloggrr HH habis baca drop komen , kadang hanya mampu jadi silence readers . Terima kasih selalu 
kongsi ilmu yang berguna untuk blogger-blogger .



Tujuan berblogging 

Macam CCL ceritakan di awalnya tadi , CCL mula terjebak dalam dunia blogging sejak tahun 2010 , mulanya hanya sekadar suka-suka sebabnya CCL selalu follow blog irine nadia, cik epal, hanis zalikha & yuyu zulaikha . Selalu baca journey-journey blogger tersebut .sampaikan satu hari terdetik rasa hati nak bina sebuah blog . Mula-mula sekadar tulis blog berdasarkan diari kehidupan harian . Semakin lama blog CCL semakin berkembang . Dulu blog tenggelam timbul, sekarang dah tahu cara berblogging dengan betul rasa macam seronok . Bila bosan CCL selalu baca balik post entri 2 3 tahun yang kadang seronok jugak tengok apa yang kita tulis balik tue . Dulu CCL tak sangka bina blog ini pun salah satu sumber pendapatan , tak rugi rasanya CCL join . Kalau ditanya adakah CCL akan berhenti menulis blog . CCL akan katakan tidak . Sebab CCL tak menyesal dengan dunia blog walaupun terpaksa bahagi masa dengan kerjaya.



Harapan apabila join segmen ini 

Harapan yang pertama semestinya CCL harapkan blog CCL diterima dan dipilih dalam 30bloglist yang akan tersenarai nanti . Bukan senang nak masuk bloglist blogger otai . So kalau blog CCL  terpilih untuk jadi 30 bloglist dalam blog HH mungkin sedikit sebanyak trafik blog akan tempis sedikit . Selain tue , CCL selalu support  segmen -segmen yang rakan blogger anjurkan sedikit sebanyak dapat tambah kenalan blogger yang baru dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim . 

9 ulasan:

  1. Semoga berjaya CCL...Betul tu, ada masa kita baca balik apa yang kita dah tulis memang rasa lucu... semoga terus berkarya ya...

    BalasPadam
  2. Fiza pun dah join:)

    www.azhafizah.com/2017/10/segmen-bloglist-akhir-tahun-2017-hasrulhassan-com.html

    BalasPadam
  3. Semoga terpilih... Heeeeee...all da best ccl.

    JeMput singgah blog saya.

    Https://itsmirmira.blogspot.my

    BalasPadam
  4. Blog ni nampak boleh pergi jauh ni ... in Sha Allah, terima kasih kerana sudi join segmen di blog hasrulhassan.com.

    Dah masuk dalam bloglist dah ...

    BalasPadam
  5. sungguh bertuah kerana blog CCL sudah mendapat tempat dalam list tuan HH..

    tahniah CCL

    BalasPadam
  6. Tahniah CCL tersenarai sudah dalan bloglist HH.

    Mrs. A tak sempat nak join huhuhuhu...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !