Isnin, 11 September 2017

FIRST TIME MAKAN JAGUNG SUSU MAYONIS . SEDAP KE TIDAK ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jagung,resepi jagung,jagung manis,resepi,gambar jagung,jagung susu


RESEPI JAGUNG SUSU MAYONIS | Memandangkan petang Ahad semalam CCL free, tak bekerja so hujung minggu yang free takkan nak duduk terperap dalam rumah pulak kan. So CCL jejalan shopping mall - mall yang berdekatan . Haha dekat ker ? Urm jauh juga . Biasalah hujung minggu macam ni la ramai orang ambil peluan keluar spend time dengan family . Keluar beli barang-barang dapur dan sebagainya..

Tiap-tiap bulan boleh dikatakan wajib singgah mall, tak shopping barang pun kadang-kadang shopping mata . Hari ni CCL singgah lagi,selesai beli barang apa yang patut dibeli ,hidung ni memang terhidu bau waffle, jagung dan macam-macam lagi , so perut ni pun mula meragam minta makan yang macam-macam . Lapar .

So,CCL singgah satu stall ni .disebabkan hidung CCL terlalu kuat bau jagung yang direbus.so hari ni CCL singgah lagi . Kali ni CCL order jagung bukan biasa-biasa , tapi luar biasa . Mata tertangkap tengok menu-menu jagung tersebut .maka mulut ni dengan lancarnya terus order "Jagung Susu Mayonis" . Dalam fikiran CCL okey rasa la menu ini pulak . Mana tahu lebih sedap .

Order pun dah siap dan bertukar tangan, CCL cuba makan . Ok rasanya lain macam sedikit . Bayangkan susu tambah dengan mayonis . Haha tak dapat bayangkan . Tapi disebabkan mahal satu cup kecil RM4.50 CCL gagahkan juga untuk habiskan . Manisnya jangan dikatalah, lemak tue aduhaii silap-silap boleh dapat kolestrol haa . Jagung susu mayonis ni memang tak kena dengan anak tekak CCL .kalau ditanya CCL akan repeat order ke tidak .CCL pilih untuk tidak order lagi sebabnya tak kena dengan citarasa CCL . Meh sini CCL share resepi jagung susu mayonis .

Jagung,resepi jagung,jagung manis,resepi,gambar jagung,jagung susu


Bahan
*jagung
*susu pekat
*mayonis
*garam

Cara membuat
1.rebuskan jagung sehingga masak .dan potongkan .
2.masikkan kagung yang telah di potong tadi ke dalam bekas, dan masukkan susu pekat, mayonis dan sedikit garam .Gaul bagi sama rata  dan siap untuk di makan




18 ulasan:

  1. Haha macam lain macam je rasanya... hihi

    BalasPadam
  2. akak pernah try yg jagung garlic cheese kot kalau x silap...hahahaha..lg pelik rasanyaa :P

    BalasPadam
  3. sedap ke pakai mayonis tu ? selamani cuma ngerasekan yang keju susu je :D

    BalasPadam
  4. eyewwww.. susu ngan mayonis? tekak akak sama cam CCL lah kot ahha

    KakSu-Membantu ibu2 dirumah membina blog untuk menjana pendapatan

    BalasPadam
  5. X pernah cuba lagi..biasa guna mentega je...sedap erk?

    BalasPadam
  6. Makanan tak berapa sihat macam ni.. elok kakau tak makan. Yg bagusnya jagung ni rebussaja lagi fresh tanpa garam.

    BalasPadam
  7. singgah sini cari resepi

    www.kickstory.net

    BalasPadam
  8. tak pernah rasa yang ada mayo..sedap ke?

    BalasPadam
  9. jagung mayonis ni tak pernah rasa lagi, biasa yang letak marjerin dan garam tu je la

    BalasPadam
  10. yang letak mayonis tu tak pernah lagi akak rasa..tapi nampak macam sedap je tu

    BalasPadam
  11. Tak pernah lagi try nanti nak cari la

    BalasPadam
  12. Sedapnya makan jagung manis time hujan atau jamu minum petang kan.

    BalasPadam
  13. selalu nak buat kat rumah tapi tak rajin..haha

    BalasPadam
  14. Jagung mayonis memang sangat sedap. Feveret nih.πŸ‘πŸ»πŸ˜Š

    BalasPadam
  15. aida lom pernah rasa yg bermayo.
    aida suka yg bersusu pekat je.
    sedap nyer lah :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !