Ahad, 24 September 2017

MIMPI SALAH SEORANG ANAK TAHFIZ IFTTIFAQIYAH SEBELUM MAUT DALAM KEBAKARAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Kebakaran pusat tahfiz ifttifaqiyah,mimpi anak tahfiz ifttifaqiyah,tafsiran ustaz mimpi arwah tahfiz ifttifaqiyah,rakaman video  ceramah kisah mimpi anak arwah tahfiz ifttifaqiyah,gambar kebakaran tahfiz ifttifaqiyah


MIMPI SALAH SEORANG ANAK TAHFIZ IFTTIFAQIYAH SEBELUM MAUT DALAM KEBAKARAN Pada 14 september 2017 satu Malaysia dikejutkan debgan berita sedih pemergiaan anak-anak tahfiz.Kebakaran berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ifftifaqiyah di Jalan Keramat.Kebakaran yang berlaku pada pukul 5pagi berlaku dengan pantas sekali sehingga meragut nyawa anak-anak tahfiz dan tenaga pengajar.CCL ada tengok beberapa keping gambar mangsa dan juga tempat kejadian yang tular di media sosial.Allahu tak mampu diucap apa-apa kejadiannya tragis sangat sehingga menitis air mata,apa tah lagi keluarga mangsa yang terlibat.moga keluarga mangsa tabah dengan kejadian yang berlaku . 

Hari ni CCL nak kongsikan satu rakaman video mimpi arwah anak tahfiz yang terlibat dalam kebakaran yang tak pernah kita ketahui .Video ini tersebar apabila salah sorang menghadiri salah satu ceramah dan beliau kongsi kisah yang berlaku oleh ayah kepada arwah tahfiz yang meninggal dunia 


Kami menerima rakaman salah satu ceramah (tak pasti daripada mana, siapa ustaz dalam ceramah ini) dan beliau menceritakan kisah yang berlaku oleh ayah kepada arwah pelajar tahfiz yang meninggal dunia di dalam tragedi kebakaran baru-baru ini. Rakaman ini kami sedaya upaya untuk meletakkan subtitle bagi memudahkan anda ikuti rakaman audio ini.

Saya ada satu kisah. Baru dapat, masih panas. Kawan saya ustaz jugak Tahfiz jugak…Timbalan Mudir di Sri Iskandar. Jadi dia buat lawatan ke Tahfiz yang terbakar di Kuala Lumpur. Dia jumpa salah seorang bapa kepada anak yang mati terbakar. Pelajar ni umurnya 11 tahun, darjah 5…dia pergi jumpa ayah budak tu dan dia sembang-sembang .Ayah budak ni dia cerita, dia kata ustaz…ustaz nak tau tak apa yang berlaku sebelum hari kejadian ?
2 bulan berturut-turut sebelum hari terbakar tu, anak saya berkelakuan pelik. Apa yang pelik ? Dia kata setiap kali dia balik rumah (kadang2 dia balik sebab ayah dia ambik). Setiap kali dia balik rumah, dia cerita benda yang sama sahaja. Apa yang dia cerita ? Dia kata…(Dia panggil diri dia “adik” lah sebab dia kecik). Dia kata…
“Ayah, tadi dekat sekolah, adik tengah ngaji, tengah2 ngaji tu adik nampak ada orang melintas depan adik” “Adik tak tahu siapa. Dia pakai jubah putih. Adik pandang ke belakang yang lain, semua kawan2 adik ada dalam kelas” “Siapa yang kat luar ? Adik pun pergi nak tengok budak tu siapa. Rupa2nya dia tunggu kat luar. “Adik tengok2 rupanya sebijik macam adik ! Adik pun tanya dia awak ni siapa ? Kemudian budak yang dia nampak tu berkata “AKU ADALAH ENGKAU, ENGKAU ADALAH AKU” Budak kecik dia mana faham ! Lepas tu dia tanya “Nama awak siapa?” Nama sama ! Nama sama, jubah sama Muka semua sama…macam kembar” Dia kata kat ayah dia “Adik jumpa kembar adik, Sebijik macam adik” Ayah dia kata “Eeh, budak mana pulak ni. Budak kembar tu mana ? Ayah dia tanya. Tiba2 anak dia kata “Tu, sebelah ayah, dia tengah tengok ayah” Ayah dia tengok takda… Meremang bulu roma ayah dia kata…aaa…sudahlah…
Tak cukup dengan tu pulak, satu hari satu pagi dia bangun seronok sangat dan beria-ia nak cerita kat ayah dia. “Ayah3x ! Ayah tau tak malam tadi adik pergi mana ? Tak tahu, adik pergi mana tadi ? “Malam tadi adik naik ke langit ! (Ha sudah dah macam Israk Mikraj Pulak, kita dengar pun macam merepek). Tapi budak darjah 5, takkan pandai sangat nak bohong dan kalau dia bohong pulak, cerita tu sama setiap hari. Kalau bohong, boleh jadi hari ni cerita macam ni, esok mesti terpesong lain sikit cerita. Ini tak, tiap2 hari ceritanya adalah sama. Menunjukkan benda tu betul2 berlaku ! Ayah dia layan anak dia tanya… “Macamana adik naik ke langit ?” “Kembar adik tu ! Dia boleh terbang Dia ada sayap ! Dia pegang tangan adik dia bawak naik atas” “Adik nampak bumi, adik nampak bintang, adik nampak planet” (Dia kata. Ayah dia layan sambil bawak kereta layankan anak dia) Lepas tu yang keduanya, dia kata mimpi. Yang tadi tu betul2 dia cakap (Yang terbang ke langit).
“Ada satu hari tu adik mimpi, adik nampak ada 1 taman, dalam 1 taman tu ada dewan yang sangat besar” “Adik pun masuk dalam dewan. Takda siapa2, adik seorang je. Takda orang lain, kosong. Cuma… “Cuma ada gambar2 kat dinding dewan tu. Adik pun tengok gambar2 tu. Rupa2nya semua gambar yang terpapar kat dinding tu adalah wali2 Allah, Ulamak2. Ada nama siap kat bawah gambar tu. “Lepas tu dia tengok atas, ada lagi tingkat, sebab bangunan tu tinggi. Dia pun naik ketingkat yang atas. Apabila naik ke tingkat atas, adik nampak lagi banyak gambar. Gambar siapa pulak ayah dia tanya “Gambar2 para nabi. Adik dah tengok dah gambar Nabi Muhammad. Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Isa, nabi Ibrahim…semua adik nampak” Cuma 1 je takda gambar. Adik tengok frame tu kosong, takda gambar. Adik tengok nama bawah tu “NABI KHIDIR” Gambar Nabi Khidir tu takda. (Ni saya tak tambah sikit pun cerita ni, saya dapat sebijik2). Lepas tu dia nampak tingkat atas ada lagi…dia nak naik. Tapi apabila dia nak naik, jatuh. Naik, jatuh. Naik, jatuh. Akhirnya dia menangis. Pastu dia nak naik… bersungguh sangat nak naik tapi tak boleh naik. Akhirnya tiba2 keluar satu cahaya berwarna putih. Cahaya ni tiba2 bersuara : “Kenapa kamu nak naik?” Dia kata : “Aku nak tau apa yang ada kat atas sana”. Aku nak tengok sangat, teringin sangat…tolonglah bawak aku naik atas. Tiba2 cahaya ini pegang tangan dia tarik naik atas. LAJU, zus ! naik ke atas. Keadaan dia macam
ada awan2 sikit. Dia tak nampak benda lain, dia hanya nampak taman hijau…lepas tu ada seorang budak yang putih mukanya…tengah kena gari. Tangan kena gari, kaki kena gari. Dia pun tengok je budak tu Lama2 dia tengok budak tu…tiba2 telinga dia hilang. Lepas tu mulut dia hilang. Lepas tu hidung hilang. Last sekali mata hilang.
Lepas mata hilang, dengan badan2 semua sekali hilang. Yang tinggal gari itu sahaja. Lepas tu bila dia cerita kepada ayah dia, Ayah dia pun tanya ustaz2. Ustaz2 semua tak berani nak bagi komen. Ustaz kata Wallahua’lam, kami tak tahu. “Boleh jadi betul, boleh jadi mainan mimpi sahaja”. Sebab sebelum kejadian, mana nak tau, mana nak agak.
Kemudian 1 mimpi pulak, ini mimpi hari yang nak dekat sangat dengan hari tragedi. Lagi seminggu. Dia mimpi, dia dicampak di tengah2 padang pasir. Dia jatuh di situ… Lepas tu dia bangun. Dia toleh belakang Dia nampak ada 2 lembaga hitam tengah kejar dia. Lembaga hitam yang menakutkan. Akhirnya dia bangun, dia lari. Lari2…akhirnya dia terjatuh. Dia angkat kepala, dia nampak berdiri di depannya 6 orang pakai jubah warna putih, muka bercahaya. (Tak nampak mata, tak nampak hidung, tak nampak mulut) Kemudian dia mintak tolong, “Tolonglah saya…lembaga hitam nak kejar saya” Akhirnya 2 orang berjubah putih tu melawan lembaga hitam tu. Lagi 4 pegang tangannya bawa dia tu naik ke atas. Sehinggalah dia tersedar daripada tidurnya.
Itulah kali terakhir dia sembang dengan ayah dia. Lepas tu dia pergi ke sekolah…kemudian berlaku kebakaran
Apabila berlaku kebakaran, ayah dia ingat balik cerita anak dia, ayah dia tanya kepada ustazBarulah ustaz2 ni faham apa tafsir mimpi ni. Rupa2nya…(Ini pandangan ulama’ ye, Tiada dalam Al-Quran ataupun Hadis) Tapi ustaz2 yang tafsir mimpi ni kata… Yang dia mimpi nampak dewan dan nampak gambar wali2, alim ulama2 berkemungkinan masa hari kebakaran wali2 dan ulama’ semua hadir. Sebab nak mengiringi roh2 mereka naik ke langit. Allahurabbi…Lepas tu bila dia naik atas pulak, ada gambar para nabi… Tak cukup dengan para wali Allah hadir, para nabi pun hadir… Lepas tu orang tanya ustaz, kenapa Nabi Khidir takda gambarnya ? Ustaz jawab berkemungkinan sebab Nabi Khidir masih lagi hidup. Nabi Khidir tidak wafat lagi. Jadi itu kemungkinan gambarnya tiada dalam frame. Kemudian dia naik atas dan nampak budak kena gari tu…ustaz ni kata, ITULAH DIA SEBENARNYA. Gari tu maksudnya dia tak boleh lari. Masa kebakaran tu dia tak dapat nak selamatkan diri. Sebab tu tangan dan kakinya kena gari…dan telinga hilang, itu nak cerita tentang saat kematian dia. Masa dia terbakar, telinga dia boleh dengar lagi. Lama2 Allah cabut pendengaran dia. Telinga dia dah tak boleh dengar… tinggal mulut sahaja. Dia jerit2… akhirnya Allah cabut pulak percakapan dia…mulut tak bersuara dah. Tinggal mata sahaja melilau nampak api…dan kemudian Allah tarik pulak hidung dia hingga dia tak boleh bau dah…dan last sekali Allah tarik mata dia… tak boleh nampak dah. Akhirnya Allah tarik badan2 dia…mati semua sekali Kemudian mimpi yang seterusnya dia nampak 6 orang jubah putih tu pulak, Ustaz ni tafsir…berkemungkinan 6 orang itu adalah sahabat yang mati bersama dia…kan ada gambar orang share, bertimbun2 bertindih2 orang mati…rupa2nya budak yang darjah 5 ni, mayatnya di bawah. 6 orang sahabat dia ni, tindih atas badan dia. Kerana apa ? kerana taknak budak darjah 5 ini kena api. Mereka sanggup berkorban, biar diorang kena api…budak ni tak kena. Rupanya waktu bomba keluarkan mayat, memang mayat budak ini tak kena api. Tak melecur. Melainkan sedikit sahaja terkena di bahagian jari…tapi badan dan tempat lain elok. Adapun sahabat2 dia yang lain habis jadi hitam. Hangus terbakar. Jadi berkemungkinan 6 orang jubah putih yang dia nampak, itulah kawan2 yang selamatkan dia…jadi berkemungkinan budak ni, budak yang paling disayangi dalam tahfiz tu. Mungkin sebab dia baik, jadi kawan2 pun sayang kat dia. Kawan2 jaga dia, kawan2 selamatkan dia. Itulah kisah disebalik kejadian… kematian pelajar2 tahfiz Kampung Keramat…
Dalam saat kawan saya tu tengah bersembang2 dengan Ayah dia, tiba2 telefon ayah dia berbunyi Ayah dia kata “Wartawan telefon” Tapi tak disebut daripada surat khabar mana atau berita tv mana…Dia buat loud speaker. Wartawan tu kata apa…”Encik, budak yang bunuh anak encik ni ada kat balai polis sekarang. Kalau encik nak jumpa, datanglah sini” Apa jawab ayah dia ? Ini ayah yang faham agama…faham Islam. Dia jawab : “Buat apa saya nak pergi jumpa budak tu ?” “Saya nak cium pipi dia ? Saya nak peluk dia ? Bukan boleh kembalikan pun anak saya” Biarlah dia… Biarlah undang2 yang menghukum dia. Tengok wartawan, dia main isu. Dia panggil orang ni supaya rasa panas, rasa bengang. Kalau orang tu jenis tak ngaji agama, jenis tak sabar, apa jadi pada ayah budak tu ? Dia straight bawak kereta laju pergi balai, sampai kat budak tu dia tumbuk budak tu, betul tak ? Dah anak dia mati ! Baru darjah 5 ! Takkan tak sayang ? Kalau mati sebab bencana insya-Allah hatinya lapang menerima. Tapi apabila tahu mati ni sebab orang pedajal, Allah…hati mana tak remuk?! HANCUR ! Walaupun tu bukan anak saya, tapi saya terasa, ish ! Kalau kena kat akulah, MAMPUS budak nih ! GERAM sungguh ! Dah anak kita, kita timang, kita sayang, nak dapat bukan senang ! Buat solat hajat “Ya Allah kurniakanlah aku anak” Bila dapat anak, senang2 orang bunuh anak kita. Allah… Dahlah kita hantar anak ke sekolah agama…kita harap dialah nanti yang boleh tolong doakan kita… tiba2 dia mati lebih awal. Allah…siapa tak kecewa, siapa tak rasa sedih…

Sumber : newsviral

5

Khamis, 21 September 2017

LIRIK LAGU SUMPAH CINTAKU NYANYIAN ASFAN SHAH (OST DRAMA TITIAN CINTA)


Assalamualaikum dan salam sejahtera

LIRIK LAGU SUMPAH CINTAKU NYANYIAN ASFAN SHAH (OST DRAMA TITIAN CINTA)  | Dua hari lepas CCL sempat follow drama yang tengah hangat diperkatakan di laman media sosial . Drama yang dilakonkan oleh Zul Ariffin tak lain tak bukan drama yang bertajuk "Titian Cinta" . Baru enam episod yang ditayangkan tapi CCL  tak sempat nak follow episod satu sampai empat , so apa lagi gigih jugak CCL research dalam googlr untuk tengok first episod ni . Drama ni best jugak dari segi susunan cerita . Bukan sahaja cerita ost lagu yang dipilih menerusi drama ini jugak bersesuaian . Ost lagi " sumpah cintaku " nyanyi Asfan Shah . Kat bawah ni CCL share untuk korang semua lirik lagu Sumpah cintaku ..

Sumpah cintaku,sumpah cintaku nyanyian asfan shah,ost drama titian cinta,lirik lagu sumpah cintaku,drama titian cinta


Lirik lagu sumpah cintaku

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari
lambaian mu di dalam mimpi
bayangan senyum bidadari
indah segenap rasa tak terbagi

belah lah jasad ku
tirai kenangan ku
pasti akan kau jumpa api cinta menyala

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti
sumpah cintaku hanya padamu

disaat saling mengenali
ku tahu cinta mu memanggil
dalam perasaan yang tak kau dengari
belah lah jasad ku trai kenangan ku
pasti akan kau jumpa api cinta menyala

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi

genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti
huooo... ooo...
(sumpah cintaku hanya padamu)

hingga akhir nafas ini
sayang sampai akhir pasti
cinta tak bisa berganti
sumpah ku hanya kau disisi
genggam tanganmu yang suci
sampai rambutku memutih
cinta ku tersimpul mati
di syurga tetap kau ku nanti

sumpah cintaku hanya padamu
sumpah cintaku hanya padamu



10

Rabu, 20 September 2017

DRAMA RAISHA LAKONAN DIANA DANIELLE & HAFIDZ ROSHDI


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

SINOPSIS DRAMA RAISHA DAN BARISAN PELAKON | Drama baru yang bakal mengisi di slot Lestary di tv3 bertajuk 'Raisha' yang bakal menggantikan drama yang sedang ditayangkan sekarang 'Miss Kapten cikgu Waiz' . Kepada yang masih tertanya-tanya siapa tersju utama drama 'Raisha' ini adalah  lakonan Diana Danielle dan Hafidz Roshdi. Dah lama CCL tak tengok Diana Danielle berlakon , alhamdulillah Diana Danielle dah bergiat aktif dalam bidang seni semula . Diarahkan oleh pengarah Nizam Zakaria dan terbitan OrangeTree Production.Drama ni jugak bakal beriaran di Slot Lestary di tv3 mulai 21 September 2017


Drama raisha, slot baru lestary, lestary tv3, drama lestary baru raisha,sinopsis drama raisha,senarai pelakon drama raisha,barisan pelakon drama raisha,ost lagu drama raisha,diana danielle belakon,diana danielle dalam slot lestary


Senarai barisan Para Pelakon drama Raisha

Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Taib Zamannuri, Puteri Aishah, Ariff Aziz, Aishah Azman, Tash Yong, Abil, Tunku Hanis, Megat Amir, Adam Lee, Rais Hazlin.


Sinopsis drama Raisha

Mengisahkan seorang gadis materialistik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.

Walaupun kehidupan Raisha di kampung serba kekurangan, Samsudin sentiasa memberikan pakaian dan barangan yang elok untuk puterinya itu. Masa berlalu dan Raisha sudah pun meningkat dewasa. Terbiasa dengan sifat ayahnya yang sentiasa menurut kehendaknya, Raisha membesar menjadi seorang yang kuat memberontak apabila permintaannya tidak diturutkan. Oleh itu, Raisha dan Samsudin sering tidak sehaluan dan mereka sering mengadu nasib di kubur Arfah.

Sifat manja Raisha semakin menjadi-menjadi apabila dia mula melanjutkan pelajarannya di sebuah institut pengajian tinggi swasta. Hal ini kerana, kebebasan tanpa pengawasan penuh ayahnya yang sentiasa diidamkan Raisha sudah pun tercapai. Di Kuala Lumpur, Raisha berkenalan dengan pelbagai jenis orang di kolejnya termasuk golongan kaya dan golongan industri fesyen. Berrbekalkan dengan kecantikan Raisha, Raisha sering ditawarkan untuk menjadi peragawati. Bermula dari situ, kehidupan Raisha semakin liar dan mula ke kelab malam dan bekerja sebagai peneman sosial (escort) bersama rakannya Melly. Namun, kebahagiaan yang dirasakan Raisha ketika itu mula berubah apabila kelab malam mereka dikepung pihak berkuasa dan menangkap semua peneman sosial termasuk Raisha dan Melly.

Bagaimanakah kesudahan kehidupan Raisha? Dapatkah Raisha memperbaiki kehidupannya?


Nak tahu segala persoalannya, jangan lupa tengok drama Raisha .


12

Isnin, 18 September 2017

KOLEKSI HANDBAG MAMPU MILIK HANYA DI ZALORA MALAYSIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera .


Zalora malaysia,laman web zalora, online shopping zalora, cara membeli di zalora, tips membeli belah di zalora,handbag mampu milik di zalora,koleksi handbag di zalora


KOLEKSI HANDBAG MAMPU MILIK HANYA DI ZALORA MALAYSIA | Handbag atau dalam bahasa melayu di panggil beg tangan yang amat sinomin dengan kaum perempuam macam CCL ni haa . Kiranya wanita dan beg tangan tak boleh dipisahkan ibarat irama dan lagu .sebab kebanyakkan wanita tak kira umur muda sehingga tua memang sukakan handbag. Pegi mana-mana pun memang tak dinafikan handbag menjadi kegilaan wanita .kalau korang lihat di pusat-pusat membeli belah mahupun di laman web online shopping pelbagai jenis handbag dijual .

Handbag ini bukan sahaja aksesori, tapi bagi CCL amat penting untuk membawa keperluan , tapi pemilihan handbag ni bagi CCL juga sampat penting untuk menonjolkan imej yang tersendiri.sebab itu tak kisah lah kaum-kaum hawa ni ada beberapa banyak koleksi handbag, termasuk CCL jugak ,semestinya akan cuba dapatkan handbag-handbag yang kena dengan citarasa dan pilihan yang terbaik.so tak hairanlah kalau pergi mana-mana mall mesti kedai-kedai jual handbag yang jadi belekkan CCL, kalau ada handbag yang berkenan di mata CCL kalau tak sambar mulalah terbayang sampai boleh terbawa mimpi . Punya dasyat handbag dan wanita ini kan .so sini CCL nak ajak korang terjah  online shopping Zalora Malaysia .

Apa itu Zalora Malaysia, CCL  yakin semestinya korang yang tengah baca entri ni pernah terjah online shopping Zalora Malaysia.Zalora ni merupakan destinasi fesyen yang terkenal di Asia menawarkan pelbagai produk fesyen dan produk penjagaan wanita & lelaki daripada ribuan jenama tempatan dan jugak antarabangsa.Zalora Malaysia satu jenama online shopping boleh membeli belah secara atas talian so jimat lah masa& jugak tenaga kan .

Zalora malaysia,laman web zalora, online shopping zalora, cara membeli di zalora, tips membeli belah di zalora,handbag mampu milik di zalora,koleksi handbag di zalora


Hari ni CCL nak ajak korang semua terjah lama Zalora Malaysia.Kepada korang semua yang terfikir nak beli handbag baru sebagai self reward jom kita terjah dalam https://www.zalora.com.my/women/bags/ . Handbag wanita boleh didapati dalam online shopping ini pada harga yang murah. Bukan sahaja pada harga yang murah ,Zalora Malaysia jugak turut menampilkan handbag dalam pelbagai rekabentuk, saiz dan juga jenama- jenama yang  seperti  Vinnci, Sometly Borrowed,Guess dan banyak lagi . Antara handbag yang terdapat dalam website zalora malaysia ini adalah Leather bag, clutch bag, shoulder bag, purse,wallet, backpacker,sling bag ,tote bag, laptop bag dan banyak lagi .

Bagi CCL membeli belah tak pernah menjadi lebih mudah , apa tah lagi ambil masa yang lama untuk memilih sesuatu barang sehingga memenuhi citarasa sendiri kan . So Zalora Malaysia adalah salah satu online shopping seperti syurga handbag untuk para wanita.memang berbaloi beli-belah di Zalora Malaysia, Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat ke laman Zalora Malaysia https://www.zalora.com.my/women/bags/ . Jangan lupa beli satu untuk diri sendiri ..


Terjah laman zalora Malaysia . Memang bebaloi
https://www.zalora.com.my/women/bags/


11

CINTAILAH APA SAHAJA YANG MENJADIKAN KITA BAHAGIA DI DUNIA & AKHIRAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera

CINTAILAH APA SAHAJA YANG MENJADIKAN KITA BAHAGIA DI DUNIA & AKHIRAT | Kata orang, "Cinta pada manusia, manusia akan mati. Cinta pada dunia, dunia akan pergi. Cinta pada Allah, hanya dia yang kekal abadi."Memang betul. Tepat. Dan cantik sekali kata-kata ini. Namun, ada orang menjadikan kata-kata seumpama ini sebagai alasan. Untuk langsung meninggalkan cinta kepada manusia. Juga cinta kepada  dunia.

Tidak salah mencintai manusia. Tidak salah mencintai dunia. Kerana cinta kepada manusia dan dunia merupakan landasan untuk menuju ke sana. Kita perlu ingat, sekarang kita berada dalam kelompok manusia. Dan berada dalam sebuah yang bernama dunia.Jadi nikmati kehidupan ini sebaiknya. Yang penting, jangan pernah membelakangkan akhirat.

Kehidupan, cibta manusia di dunia dan di akhirat,


Cinta kepada manusia ada banyak. Cinta kepada ibu bapa. Cinta kepada suami atau isteri. Cinta kepada suami. Cinta kepada kanak-kanak. Barulah seronok. Kalau hidup tanpa cinta, dunia ini akan kosong dan hambar.

Cinta kepada mereka yang sepatutnya dengan landasan yang betul kelaknya akan membuahkan biji-biji pahala. Sebagai bekal menuju ke sana.

Jadi bagaimana pula dengan cinta kepada dunia? Kita cinta kepada apa yang kita buat. Cintailah kerjaya kita. Kerana jangan fikir kerjaya kita hanya sekadar dunia. Kerana apa yang kita buat, kita akan dapat imbuhan. Kita dapat gaji. Jadi apa yang kita dapat itu kelaknya bolehlah salurkan semula dalam bentuk lain. Itu juga belakan untuk menuju ke sana.

Cintailah apa sahaja. Apa sahaja yang akan menjadikan kita manusia yang bahagia di dunia. Bahagia di akhirat. Dan bahagia kedua-duanya.


2

Sabtu, 16 September 2017

NAK TERIMA ATAU TIDAK TAWARAN BERKOLABORASI BERSAMA ZALORA MALAYSIA



Assalamualaikum dan salam sejahtera .


zalora, zalora malaysia, shopping online zalora, barangan zalora,kelebihan shopping di zalora, cara shopping di zalora, tips dapat harga diskaun di zalora


NAK TERIMA ATAU TIDAK TAWARAN BERKOLABORASI BERSAMA ZALORA MALAYSIA | Sudah seminggu lamanya CCL tak sempat buka & double check email-email yag penting dan clear email-email yang tak penting .. bukanlah CCL sengaja tak buka, disebabkan kekangan masa membuatkan email tue dianak tirikan . Semalam ada sikit masa terluang, boleh la luang masa dalam sosmed ni kejap.Scrol baca email-email . CCL click satu email ini datangnya dari Aini Shah . Mata pulak tertangkap pada subject email  iaitu " Innvitation to collaborate with Zalora Malaysia"


zalora, zalora malaysia, shopping online zalora, barangan zalora,kelebihan shopping di zalora, cara shopping di zalora, tips dapat harga diskaun di zalora

Bila dapat email ni CCL baca beberapa kali, tak cukup dengan itu CCL mohon pertolongan google translate, al maklum la CCL bukannya teror sangat bahasa omputih ni, tapi nak kan kepastian yang lebih lanjut CCL google translate .Ya Allah macam tak percaya saja blog CCL terpilih untuk bekerjasama dengan pihak Zalora Malaysia.Alhamdulillah syukur tak terkata dapat tawaran kolaborasi dari syarikat Zalora Malaysia . Kali pertama blog CCL dilamar olwh shopping online Zalora Malaysia . CCL berterima kasih sangat pada pihak Zalora Malaysia kerana mempercayai blog kecil , blog suam-suam kuku ni .

Disebabkan ini kali pertama CCL nak kerjasama dengan pihak Zalora Malaysia, so CCL tanya  pandangan blogger-blogger lain yang ada pengalaman bekerjasama dengan syarikat Zalora Malaysia ini  . Alhamdulillah ada jugak blogger-blogger yang sudi share pengalaman beliau untuk CCL . Tak lupa ,ada juga yang sudi kongsi tips-tips yang berguna . Terima kasih juga CCL ucapkan . 

Nak terima atau tidak tawaran dari pihak Zalora Malaysia ini ? Setelah berfikir dan terima beberapa tips dri rakan-rakan blogger lain , CCL buat keputusan untuk terima lamaran Zalora ini , Serta merta CCL reply email Aini Shah dari pihak Zalora ini .Memandanng ini merupakan kali pertama berkolaborasi dengan Zalora Malaysia so ambil sahaja peluang yang datang ini . Walaupun sekecil manapun pulangannya tak rugi pun .Asalkan ada keuntungan bak kata omputih win win situation gitu . Yang penting kita cuba tanpa putus asa . 


zalora, zalora malaysia, shopping online zalora, barangan zalora,kelebihan shopping di zalora, cara shopping di zalora, tips dapat harga diskaun di zalora


Setelah CCL reply email Aini shah dari pihak Zalora Malaysia dalam masa bwberapa minit pihak Zalora Malaysia hantarkan satu tugasan kepada CCL .Nak tahu tugasan apa pihak Zalora Malaysia hantar untuk CCL ? Ok stay tune entri seterusnya ok . InsyaAllah next week CCL akan submit tugasan tesebut.Selesai tugasan tersebut , pihak Zalora Malaysia berjanjikan voucher RM50 sebagai tanda penghargaan .

Voucher RM50 pun itu rezeki juga, ambil saja peluang baik yang datang jangan tolak . Dah tertulis nilai itu rezeki CCL itulah dia.so CCL  kena siapkan tugasan dari Zalora Malaysa selewat - lewatnya hri Ahad ini . Harap CCL berjaya menyiapkan tugasan yang tak seberapa ini dan berharap jugak pihak Zalora Malaysia suka dengan tugasa   yang CCL bakal hantar nanti . 



20

Khamis, 14 September 2017

PENCARIAN BLOGLIST BARU BLOG FARHANA JAFRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Syaratnya pun  mudah sahaja :

1. Follow blog ni
2. Letak banner ni di blog & backlink ke post ni
3. Letakkan link post di ruangan komen.

3 syarat je & you're done. Selamat bersegmen guys :)

 nak join tekan SINI
6

LIA DE OVEN PERKHIDMATAN SURPRISE BIRTHDAY DI PERLIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera

LIA DE OVEN PERKHIDMATAN SURPRISE BIRTHDAY DI PERLIS  | 11 September 2017 hri tu birthday kaklong CCL, So last minit juga CCL plan nak bagi hadiah apa.Sebelum tarikh tue CCL ada juga planning nak celebrate sikit, tapi memandangkan kondisi kewangan CCL sikit lari dari radar , so CCL hanya ucap "happy birthday" . Tapi rezeki Allah ni kita tak jangka,alhamdulillah ada sedikit rezeki Allah turunkan. Alhamdulillah syukur teramat sangat . So bertarikhkan 12 Septembe 2017 pening kepala jugak la duk mikir apa yang nak buat untuk surprise birthday kaklog untuk tahun ini, even tarikh dah lepas tapi CCL tetap nak celebrate juga.


lia d'oven, servis surprisw birthday di perlis, cheese tart untuk birthday, birthday planner terbaik di perlis, lia d' oven cheese tart


Fikir,fikir dan fikir dalam kepala dah sah-sah terbayang rupa sebiji kek yang tetulis "happy birthday"..aahh dah biasa CL celebrate macam tu.so tahun ni CCL nak kasi kelainan sikit.CCL terpikir nak buat surprise delivery yang tengah hangat sekarang ni.Mula mencari surprise delivery area-area perlis.Kalau luar perlis mungkin chargenya akan lebih mahal. Dalam banyak-banyak service surprise delivery birthday dalam sosial media tu CCL terpikat dengan facebook 'Lia De Oven' sebab nampak ekslusif dan kelainan.yes !! CCL nakkan kelainan .

Apa yang menariknya tentang 'Lia De Oven' first CCL masuk sosial media dia CCL tertarik dengan cheese tart yang comel-comel .so CCL terfikir surprise birthday kali ni CCL nak pilih cheese tart.Memandangkan kaklong CCL sukakan cheese .citarasa kami sama. CCL order cheese tart dengan harga yang berpatutan sekotak RM35 .servisnya tak mahal.Sebenarnya ada lagi pakej-pakej lain yang menarik selain cheese tart Lia De Oven jugak ad buat kek .Kalau korang tengok memang confirm meleleh air liur.

lia d'oven, servis surprisw birthday di perlis, cheese tart untuk birthday, birthday planner terbaik di perlis, lia d' oven cheese tart


Surprise birthday ni CCL minta surprise di tempat kerja kaklong . Kemain happy lagi dia, minta runner tersebut hantar cheese tart ni pada pukul 3 . Dalam pukul 3.15 CCL terima wassap dari kaklong . Heheh Alhamdulillah kaklong suka , CCL  pun happy.

 So uolls yang masih mencari survis surprise delivery area perlis uolls boleh ty servis dari Lia De Oven. Cheese tart yang besar, cheese yang banyak, rasanya pun sedap .so yang nak surprise untuk family, kawan-kawan, orang tersayang boleh contact Lia De Oven


lia d'oven, servis surprisw birthday di perlis, cheese tart untuk birthday, birthday planner terbaik di perlis, lia d' oven cheese tart



Facebook : https://m.facebook.com/liadoven/



11

GIVEAWAY BLOG BYCIKRENEX


Assalamualaikum dan salam sejahtera

GIVEAWAY BLOG BYCIKRENEX




syarat penyertaan 
1. follow blog cikrenex
2.like fbpage cikrenex 
3.follow instagram cikrenex


hadiah menanti pemenang 
* tiga orang pemenang yang bertuah akan memenangi cash RM10 beserta keychain nama 


tarikh tutup 
24 september 2017 


 Cara join 
klik banner di atas 


7

Selasa, 12 September 2017

MASUK KALI KE TIGA PRINTCIOUS BAGI VOUCHER RM50. NAK REDEEM APA ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

MASUK KALI KE TIGA PRINTCIOUS BAGI VOUCHER RM50. NAK REDEEM APA ?  | Selamat petang uolls . Bulan september ni boleh dikatakan bulan rezeki bagi CCL . Banyak sungguh voucher dari pihak printcious ,tapi bukan sahaja printcious padi review pun terselit jugak walaupun dua tiga produk . Hari ini rezeki lagi , rezeki dari pihak printcious bagi lgi voucher  bernilai RM50 . Ini merupakan voucher yang ketiga . Alhamdulillah voucher yang pertama dah selesai CCL redeem . Now masih menunggu barang yang CCL redeem dari pihak printcious . Korang kalau ter miss entri macam mana CCL boleh dapat voucher RM50 yang pertama. Uolls boleh terjah entri http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/08/hanya-satu-vote-berpeluang-dapatkan.html

Macam mana CCL berpeluang dapat voucher dari printcious lagi ? CCL ada join satu contest lagi di fb printcious

Printcious, barangan dari ,DIY printcious, cenderamata dari printcious,magic mug,apa itu magic mug,magic mug printcious


Teka gambar yang pihak printcious siarkan dan berpeluang memenangi voucher tersebut . Tips yang printcious bagi hanyalah M_G . So CCL teka Magic Mug


Printcious, barangan dari ,DIY printcious, cenderamata dari printcious,magic mug,apa itu magic mug,magic mug printcious


Alhamdulillah, sekali lagi CCL menang thanks pihak printcious . Hampir mati akal CCL nak redeem barangan apa pulak ni . Minimum purchase mesti melebihi RM60 . Tengah fikir dan fikir sebabnya barangan di printcious semuanya menarik . Oh men sini CCL ceritakan serba sedikit tentang magic mug

Apa itu magic mug ? Magic mug bukanlah  mug biasa.Magic mug ini jenis mug yang bermutu tinggi. Apa yang menariknya magic mug ini dapat berubah warna ketika dituangkan air panas ke dalam mug tersebut dan kembali seperti semula  apabila air yang berada dalam mug itu sejuk . Unikkan ? Kat bawah ni CCL ada serakan proses magic mug berlaku .


Printcious, barangan dari ,DIY printcious, cenderamata dari printcious,magic mug,apa itu magic mug,magic mug printcious

Nak dapatkan magic mug ? 

Laman web : https://www.printcious.com/my


15

Isnin, 11 September 2017

FIRST TIME MAKAN JAGUNG SUSU MAYONIS . SEDAP KE TIDAK ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Jagung,resepi jagung,jagung manis,resepi,gambar jagung,jagung susu


RESEPI JAGUNG SUSU MAYONIS | Memandangkan petang Ahad semalam CCL free, tak bekerja so hujung minggu yang free takkan nak duduk terperap dalam rumah pulak kan. So CCL jejalan shopping mall - mall yang berdekatan . Haha dekat ker ? Urm jauh juga . Biasalah hujung minggu macam ni la ramai orang ambil peluan keluar spend time dengan family . Keluar beli barang-barang dapur dan sebagainya..

Tiap-tiap bulan boleh dikatakan wajib singgah mall, tak shopping barang pun kadang-kadang shopping mata . Hari ni CCL singgah lagi,selesai beli barang apa yang patut dibeli ,hidung ni memang terhidu bau waffle, jagung dan macam-macam lagi , so perut ni pun mula meragam minta makan yang macam-macam . Lapar .

So,CCL singgah satu stall ni .disebabkan hidung CCL terlalu kuat bau jagung yang direbus.so hari ni CCL singgah lagi . Kali ni CCL order jagung bukan biasa-biasa , tapi luar biasa . Mata tertangkap tengok menu-menu jagung tersebut .maka mulut ni dengan lancarnya terus order "Jagung Susu Mayonis" . Dalam fikiran CCL okey rasa la menu ini pulak . Mana tahu lebih sedap .

Order pun dah siap dan bertukar tangan, CCL cuba makan . Ok rasanya lain macam sedikit . Bayangkan susu tambah dengan mayonis . Haha tak dapat bayangkan . Tapi disebabkan mahal satu cup kecil RM4.50 CCL gagahkan juga untuk habiskan . Manisnya jangan dikatalah, lemak tue aduhaii silap-silap boleh dapat kolestrol haa . Jagung susu mayonis ni memang tak kena dengan anak tekak CCL .kalau ditanya CCL akan repeat order ke tidak .CCL pilih untuk tidak order lagi sebabnya tak kena dengan citarasa CCL . Meh sini CCL share resepi jagung susu mayonis .

Jagung,resepi jagung,jagung manis,resepi,gambar jagung,jagung susu


Bahan
*jagung
*susu pekat
*mayonis
*garam

Cara membuat
1.rebuskan jagung sehingga masak .dan potongkan .
2.masikkan kagung yang telah di potong tadi ke dalam bekas, dan masukkan susu pekat, mayonis dan sedikit garam .Gaul bagi sama rata  dan siap untuk di makan




18

Ahad, 10 September 2017

RESEPI SIPUT LALA MASAK CILI PADI



Assalamualaikum dan salam sejahtera

SIPUT LALA MASAK CILI PADI Salam Ahad dan selamat berhujung minggu . Hari ni CCL nak share resepi yang simple untuk masak siput lala . Selalunya kalau CCL beli siput lala ini tak lain tak bukan mesti buat masak lemak cili padi . So hari ni kelainanlah sikit . CCL beli sepinggan siput lala ni di pasar pagi berharga RM6 . Boleh tahan banyaknya.Al-maklum la dalam family CCL dua orang je yang feveret makan siput lala ni .

Resepi siput lala,resepi siput lala masak cili padi,siput lala masak cili padi,siput lala,blog resepi,masakaan kampung,gambar siput lala,resepi sedap


Bahan-bahan

* Siput lala
*cili padi
*bawang merah
*bawang putih
*minyak
*mentega
*halia
*daun kari
*serbuk kunyit
*gula
*garam
*kayu manis


Cara membuat 

1. Rebuskan siput lala

2.Cili padi,bawang merah,bawang putih dan halia diblender bersama . Anggaran untuk bahan-bahan ini ikut citarasa masing-masing

3.Panaskan kuali masukan satu sudu kecil mentega dan minyak masak panas bersama, CCL masukkan sedikit mentega supaya nakkan aroma mentega .Masukkan bahan-bahan yang diblender tadi bersama kulit kayu manis .

4.Tumis sampai garing dan masukkan daun kari untuk naikkan lagi aroma masakkan .CCL masukkan serbuk kari sebab nakkan kekuningan sikit pada siput lala .

5. Bahan-bahan yang ditumis sudah garing , masukkan siput lala , masukkan sedikit sahaja air,dan tunggu sehingga Siput lala masak . Letakkan sedikit gula dan garam .

Selamat mencuba


16

GIVEAWAY BY ALIA FARHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Syarat 
1.follow blog alia farhan
2.follow insta alia farhan
3.Add fb / follow fb alia farhan
4.follow insta shandi_shandu

Dua orang pemenang dicari untuk memenangi hadiah  di atas .. 

Tarikh tamat giveaway pada 30 september 2017 . Klik banner di atas jika nak join . 

Detail 
Fb : lyana rohazi
Ig : irryanna 



8

GIVEAWAY COMEL SYAHIRAH VALIANT


Assalamualaikum dan Salam sejahtera


SYARAT-SYARAT SIMPLE

1. Follow blog Syahirah Valiant

2. Follow Instagram Nurul Pick Me Lifestyle

3. Like Fb Page Syahirah Valiant Dot Com

4. Klik SINI

5. Buat entri bertajuk "Giveaway Comel By Syahirah Valiant" , letak banner di atas serta backlinkkan ke sini.

6. Dah siap? Letak link entri korang dekat komen ye ^^


Giveaway Date : 9 September 2017 - 9 October 2017

Nak join ? Klik banner di atas 


8

Sabtu, 9 September 2017

MUDAHNYA BUAT CILI JERUK TAHAN LAMA DAN RANGUP


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


RESEPI CILI JERUK TAHAN LAMA DAN RANGUP |Bagi penggemar cili jeruk, korang boleh cuba buat sendiri sebab cara yang nak CCL kongsikan ‎ ini sangat mudah! Ok, jom semak apa bahan yang diperlukan dan petua yang CCL gunakan.


Resepi cili jeruk,cili jeruk tahan lama dan rangup,tips membuat cili jeruk,tips cili teruk tahan lama,cili jeruk sedap,resepi mudah cili jeruk


Bahan-bahan:

●Cili hijau (ambil yang segar/keras)
●Gula
●Garam
●Cuka

Cara membuat

1. Pastikan cili hijau kering ye. Kalau lepas basuh dan tak larat nak tunggu lama, lap pakai tisu. Apa yang penting kering.

2. Bila dah kering, potong ikut suke ya. Nak cantik, pakai pisau yang betul-betul tajam. Lepas dah siap potong, jampi-jampi sikit. Eh, tampi bagi biji-biji dia keluar.

3. Masukkan dalam botol kaca ye, kalau botol lain saya tak jamin fresh.

4. Masukkan cuka sehinga 2/3 botol. Takyah bubuh penuh cukanya, nanti susah nak ceduk. Membazir pun ada.

5. Dah siap,tutupkan botol kaca tu, tunggang terbalikkan botol untuk sebatikan garam gula cuka.

6. Tada!!! dah siap,esok dah boleh makan. InsyaAllah tahan lama dan rangup. Kejadiannya setelah hampir 24jam. Dah boleh makan!


Tips: 

●botol & cili tu kena betul-betul kering, kalau tak cili jeruk anda akan diselaputi lapisan putih (kulat).


10

Khamis, 7 September 2017

KENAPA SELALU SALAHKAN ORANG LAIN TAPI TAK SALAHKAN DIRI SENDIRI ?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Monolog hati,kehidupan manusia,cabaran hidup,kenapa selalu salahkan orang lain tapi tak salahkan diri sendiri


KENAPA SELALU SALAHKAN ORANG LAIN TAPI TAK SALAHKAN DIRI SENDIRI ?Cuba belajar hidup tanpa salahkan orang lain,  cuba salahkan diri sendiri.Kau kene tipu, kau salah kan dia.  Tapi sebenarnya kau sendiri yang bagi kebenaran dia tipu kau,  kau yang tak hati-hati , kau yang percaya dia bulat-bulat .

Bila kekasih curang,  kau salah kan dia.  Pernah tak kau pikir?  Kenapa dia curang?  Kenapa dia ada orang lain?  Entah-entah sebab kau buzy,  sebab kau tak bagi perhatian,  sebab kau endah tak endah.Bila dia dah tawar hati dengan kau,  kau salah kan dia.  Sedangkan?  Kau yang tak hargai setiap peluang yg dia pernah beri . Kau yang ulangi kesilapan berulang kali sehingga dia bosan menahan sakit di hati.

Bila kene marah,  kau salahkan dia asik nak marah marah kau.  Cuba pikir balik?  Kenapa dia marah?  Apa punca dia marah?  Sebab kau buat benda yang dia tak suka,  sebab kau buat benda yang tak elok. Bila dia diam,  kau salah kan dia.  Cuba mengalah, kenapa kau yang taknak tegur dia dulu?  Kenapa kau pun sama nak ego? Bila dia minta putus,  kau salahkan dia,  caci, maki dia sebab kata dia ada orang lain,  dia tak tepati janji,  tapi penah kau pikir?  Sebenarnya kau yang buta,  kau yang pura-pura sayang dia, sedangkan kau tak hargai pun kehadiran dia.

The end,  kadang punca datangnya dari diri sendiri,  tapi kita buta kan mata,  pekak kan telingga,  bisu kan mulut untuk menunding jari kepada diri sendiri.  Kita lebih memilih untuk salahkan orang lain berbanding diri sendiri.  Kau kene ingat dalam dunia ni semua manusia dicipta ada kekurangan,  kau sendiri ada kekurangan.  Jadi berhenti la menyalahkan orang,  cermin dulu diri kau sebelum kau salahkan orang.


13

Rabu, 6 September 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini,  6 September 2017, iaitu tepat jam 3.00 petang sehingga hari esok, 3.00 petang 7 September 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #27 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2017.


** jom support Mia Liana...

Read more: http://www.mialiana.com/2017/09/segmen-24-jam-bloglist-27-mialianacom.html#ixzz4ruCCMk36
7

COMEBACK GIVEAWAY !


Assalamualaikum dan Salam sejahtera 



syarat  
1. Buat entry mengenai "COMEBACK GIVEAWAY"
2. Tampalkan banner "COMEBACK GIVEAWAY"
3. Follow blog cikbelbel
4. Like Facebook Bells Signature dan Instagram Bells Signature (boleh search)
5. Tag 3 kawan fb/blog
6. Komen entry korang di komen.



hadiah menanti pemenang




Giveaway ni akan tamat pada 30 September 2017


cara nak join klik banner kat atas 


CCL tag 3 orang blogger untuk join 
1.http://nadhiewueen.blogspot.my
2.http://kebaikankeindahan.blogspot.my/
3.https://robiahtul.blogspot.my/


12

MENANG VOUCHER RM50 DARI PRINTCIOUS BUAT KALI KEDUA


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

MEMANG VOUCHER BERNILAI RM50 DARI PRINTCIOUS BUAT KALI KEDUA | Dua hari lepas printcious ada buat satu contest melalui facebook . Contest yang amat mudah . Syaratnya hanya like page printcious, jawab soalan yang dikemukakan pihak printcious , tag pada rakan-rakan dan share page tersebut di wall facebook . Disebabkan syarat yang simple so CCL pun join , dengan harapan boleh menang . Terima kasih juga pada rakan blogger CCL yang sudi mentions nama facebook CCL untuk join .


Printciousgift,barangan dari printciousgift,voucher dari printciousgift,diy barang printciousgift, cenderamata dari printcious,

Untuk join contest ini PrintciousGifts kemukakan soalan yang cukup mudah , hanya kemukakan jawapan yang terlihat dalam banner disediakan .  Throw pillow,tshirt,phone case dan mug . PeintciousGifts mencari 100 pemenang yang pertama berjaya jawab soalannya dengan betul


Printciousgift,barangan dari printciousgift,voucher dari printciousgift,diy barang printciousgift, cenderamata dari printcious,


CCL tak pasti contestnya berakhir bila, yang pasti petang semalam pihak PrintciousGift dah reply komen CCL siap congratulations to be our winner . Alhamdulillah ini bermakna CCL akan dapat voucher RM50 , yeahh tak sabar rasanya nak shopping . Voucher yang pertama hari tue pun belum reedem lagi . Boleh baca Disini dan ini merupakan kali kedua CCL dapat voucher dari puhak PrintciousGift . Tarikh voucher pertama untuk reedem sehingga 31 Dec 2017 manakala tarikh reedem untuk voucher kedua sehingga November 2017 .

Barang yang CCL tengah plan dalam kepala nak reedem adalah throw pillow & tshirt haa .. dalam proses memikir design nih . Nantikan CCL dah siap reedem boleh CCL kongsi disini . Dan uolls yang masih lagi tertanya-tanya apa itu PrintciousGift , mai terjah https://www.printcious.com/my macam-macam barangan menarik yang ada dan lagi menarik uolls boleh DIY sendiri design-design .

Apa tunggu lagi jum terjah PrintciousGifts .



8

Ahad, 3 September 2017

LELAKI INI BINGUNG ADAKAH EMPAT KILO TULANG LEMBU BERSAMA SEDIKIT DAGING CUKUP UNTUK HIDANGAN AHLI KELUARGANYA YANG RAMAI ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

BERKAT HIDANGAN EMPAT KILO TULANG LEMBU DAN SEDIKIT DAGING UNTUK HIDANGAN KELUARGANYA Isnin lepas, saya buat keputusan untuk balik ke Bangi awal pagi selasa. Isteri pun minta saya rehat secukupnya sebelum balik nanti. Saya pun tulislah dalam grup WhatsApp keluarga yang saya akan balik ke-esokkan harinya dan selang beberapa minit abang saya menjawab, “bolehlah masak lagi,” Saya ok sahaja.

Dari Temerloh nak ke Mentakab, saya duk berkira-kira nak masak apa. Duit sudah tinggal RM30 di dalam dompet. Saya pun kenyit-kenyit mata ke orang rumah, dan dia pinjamkan RM100. Saya melenggang sahaja masuk ke pasar dan cari apa yang sesuai untuk dimakan bersama sekeluarga. Ya, kali ini tujuh-tujuh beradik balik. Campur tolak lebih kurang ada 20 orang tidak termasuk yang dalam perut. Kikikiki.

Sudah semalamnya makan rendang ayam, ikan patin tempoyak, udang masak lemak bagai, jadi saya pun belilah tulang lembu dalam empat kilo campur sedikit ekor dan dapatlah sedikit daging tak sampai satu kilo. Dalam kepala saya, adik-beradik saya tak adalah suka bebenor makan malam. Semua kaki TV dan kaki sembang kalau malam-malam buta ni. Jadi, duit yang ada tu bolehlah cukup-cukup. Alhamdulillah.



Dalam perjalanan balik ke rumah emak,  isteri saya memberi penerangan luar biasa. Katanya macam tak cukup jumlah tulang dan daging yang saya beli. Dia kata kalau keluarga dia, itu memang tak cukup. Ok saya sudah tak keruan.Sampai sahaja di rumah, saya buat-buat tak beli kentang. Ha ha ha, jadi pesanlah kata Abang yang kurang kacak dari saya belikan. Kemudiannya beliau  belikan roti. Oh hoi, masa tu saya sudah berdebar-debar. Lain macam aura nak masak sup malam ini. Cukup ke idak ni?

Saya pun punggahlah periuk emak yang paling besar. Didihkan air. Siapkan semua bahan dan masukkan dalam periuk. Ya Tuhan, hanya ada ¼ sahaja isi di dalam periuk tersebut. Tambah dengan kentang pun masih nampak sedikit. Saya kool sahaja masak sampai siap, terkumat kamit baca selawat bagai, ha ha dalam hati ini duk berdoa  yang penting semua dapat merasa seorang sedikit pun oklah.

Sambil tunggu sup masak, Abang saya ajak solat sama-sama. Kami pun solatlah Jemaah beramai-ramai. Waktu ini Tuhan sahajalah yang tahu saya berdoa bagaimana. Macam nak ambil keputusan SPM, setiap sujud saya duk mohon Ya Tuhan, cukupkanlah sup aku malam ini. Ha ha ha.

Siap sahaja masak, Abah saya ambil semangkuk besar. Menggunung tinggi. Katanya dia dah lama mengidam. Saya telan air liur. Anak-anak saudara yang dah besar panjang pun mengulang-ulang ambil. Isteri juga boleh tahan menambah-nambah, abang kakak yang dah berkahwin kemain kongsi mangkuk cicah roti sama-sama. Saya sudah berdebar-debar. Takkan nak sound yang tulang tu sikit je?

Kakak ipar saya yang berbadan dua juga ambil, bertambah-tambah. Makan pula dengan kicap cili, fuh meletup. Saya relak dan kool bertahan jangan ambil lagi. Konon-konon badi orang masak tak berapa lalu nak makan. Saya perhati sahaja semua dah ambil dan siap tanya semua dah makan ke belum.
Saya pun ke dapur. Ambil senduk dan ceduk. Eh kenapa banyak lagi? Saya pun tanya dua tiga kali pada semua orang, betul ke semua dah makan? Ya semua angguk.

Saya pun cakap dengan emak, satu-satunya yang duk tengok jumlah yang saya beli masa saya membasuh tulang dan daging tadi. “Kenapa banyak lagi eh mak? Macam pelik pulak, Kan semua orang ambil banyak-banyak.”

Emak jawab relak je macam tak ada apa-apa,

Berkat,”

Saya pun terdiam. Hirup sup perlahan-lahan, jadi orang terakhir yang menjamah masakan sendiri. Tuhan tolong saya dengan cukup bergaya malam itu. Cukup sekadar memberi gembira kepada perut sekeluarga. Jika pada malam itu mereka tidak tahu cerita ini, hari ini mereka bakal tahu.

Saya tidaklah banyak wang ringgit nak bantu keluarga dengan menabur-nabur kekayaan, tetapi ada sedikit kemahiran memasak bolehlah untuk beri gembira emak abah melihat anak-anaknya berkumpul makan sama-sama.

Dalam dunia ni, kalau dapat kau kongsi kemahiran yang kau ada dengan adik beradik dan keluarga, itulah syurga yang kau dapat semasa kau hidup. Mereka ini adalah manusia yang pernah berkongsi rahim dalam perut emak. Mendapat segala zat dan makanan dari mulut emak dan kemudiannya dapat didikan dan asuhan dari tangan emak bapak kita sendiri. Itulah namanya adik beradik.

Walau Tuhan beri seribu kepelikan dan banyak perbezaan kita sesudah kita dewasa, adik beradik tetap adik beradik. Keluarga tetap keluarga.Malam itu Tuhan tolong saya, mungkin sebab saya tolong emak gembirakan semua anak-anaknya.

Kawan-kawan,Bila balik kampung, boleh sahaja kita tolong mana yang kita tahu. Jika hanya tahu masak air, boleh tengok-tengokkan air dalam peti ais, boleh juga perhatikan ada air panas ke tidak. Jika kita hanya tahu mengemas, boleh sahaja kita ringan-ringankan tulang mengemas sana sini. Semua itu akan jadi kesayangan dalam pandangan Tuhan.Jika nampak ada pinggan di dalam singki belum berbasuh, lalu sekejap basuhlah sebentar.Tolong emak, tolong bapak banyak-banyak. Tuhan pula akan tolong kita banyak-banyak. Tak secara cash, mungkin Tuhan akan beri kita anak-anak yang rajin, atau Tuhan beri kita rezeki yang kita tak sangka-sangka.



Sumber : Laman sosial media facebook


7
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !