Sabtu, 12 Ogos 2017

5 TIPS BISNES ONLINE UNTUK NEWBIE


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


cara dropship, cara menjana pendapatan online, tips bisnes online, tips bisnes online untuk newbie, tips dropship berjaya, tips permulaan bisnes,


5 TIPS BISNES ONLINE UNTUK NEWBIE  Zaman sekarang walaupun seseorang tu dah ada kerjaya, tetapi tetap jugak nak buat dua atau tiga kerja sampingan kerana ekonomi kita yang tak stabil. Dan kebanyakannya memilih bisnes online kerana mudah untuk berurusan. Tapi sebelum memulakan bisnes online, jom kita teliti apa yang perlu korang buat pada permulaannya.



1. MINAT
Ok ni part yang paling penting. Sebelum memulakan apa-apa bisnes, pastikan ada minat dalam diri korang. Minat untuk berniaga, minat untuk menolong orang lain dan minat untuk memudahkan orang lain. Bila ada minat, kita akan makin bersemangat dan seronok untuk menjalankan bisnes yang kita ceburi. Kalau ada cabaran sekalipun, kita tak mudah untuk down. Biasanya, kalau di awalnya kita rasa terpaksa dan tak minat, bisnes tu takkan kekal lama.



2. GADGET
Dah nama pun bisnes online. So wajib ada gadget. Tak perlu yang terlalu canggih atau mahal. Cukuplah pada permulaan ni, guna apa yang ada asalkan ia boleh menjadi medium untuk kita melakukan urusan jual beli bersama bakal pelanggan kita.



3. PERMINTAAN PRODUK YANG TINGGI
Zaman sekarang terlalu banyak produk-produk baru yang muncul sampaikan kita sukar untuk memilih produk apa yang bagus untuk dijual. Jadi sebelum memulakan bisnes online, kaji dahulu apa produk yang kita nak jual tu. Adakah tinggi permintaannya?



4. SKOPKAN GOLONGAN PELANGGAN
Sebelum memilih produk apa yang hendak dijual, skopkan golongan pelanggan yang hendak membeli produk kita. Contohnya barangan bayi. Jadi, pelanggan kita adalah golongan ibu dan kita perlu lebih fokus kepada golongan tersebut.



5. MODAL YANG RENDAH
Modal yang rendah merupakan titik permulaan untuk kita berniaga. Jika kita memilih bisnes yang modal rendah, kita tak perlu menanggung kerugian yang besar jika produk yang kita pilih itu tak dapat dijual. Dan untuk permulaan, lebih baik menjadi dropship kepada produk orang lain kerana dropship tidak memerlukan sebarang modal dan keuntungan adalah 100% milik kita.


Sangat penting untuk kita tahu semua perkara diatas supaya kita tidak tersilap langkah pada permulaannya. Semoga apa yang CCL kongsikan bermanfaat untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes online.


33 ulasan:

  1. Mai baru berjinak2 dengan meniaga Online ni, hihihi. Kalau cari BIOBAX jemputlah ke Instagram Mai ye :)

    BalasPadam
  2. nice sharing.. sngt berguna untuk bisnes online :)

    BalasPadam
  3. nak berbisnes jugak tapi tak muncul lagi ilham nak jual barang apa

    BalasPadam
  4. cantiknya blog awak.. rajin betul dalam post siap edit2 bagai.. hahaha.. sukanya tengok blog awak nih dik!

    BalasPadam
  5. Ilmu yang sangat berguna.. Saya akan take note perkara tersebut..

    BalasPadam
  6. teringin nak berisnes online ni tp xsempat lagi skang ni... kena ada komitmen kan,,,nice sharing sis :)

    BalasPadam
  7. Teringin jugak nak meniaga,tengah fikir produk apa yang ingin diniagakan

    BalasPadam
  8. Setuju ngan kak Cappucino. Pepehal sekalipun mesti minat yg jadi 1st pendorong utama untuk lakukan any works including biznes online.

    BalasPadam
  9. Setuju semua ! Hihi ~
    Pernah jadi dropship, tp dah kerja full time skrg, stop pulak.
    Minat tu x berapa tinggi la ek mknenye...
    huishh, point 1 memang paling penting forever kot!
    Kalau minat, jatuh bangun tetap berbisnes, kannnnn~

    BalasPadam
  10. Good info.
    Berniaga pun perlu berhati2 supaya tak terjebak dengan skim yang bukan2..
    All the best semua <3

    BalasPadam
  11. Nad dari dulu suka niaga.. Tp sbbkerja.. Xde masa sangat.. Nk blog pon xsempat..
    Miss-nadya.blogspot.com

    BalasPadam
  12. Nice info CCL. Uyul pun berniaga online. Kalau nak servis printing ke design ke atau photography, jemput ke Facebook/IG uyul ye.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
  13. Zaman sekarang ni memang lagi mudah kalau buat bisnes online. Tak perlu modal besar. Kalau yang jenis pemalu nak jumpa orang pun boleh buat duit... :)

    BalasPadam
  14. bagus ni! akak dah try meniaga online jugak dengan gctea sejak tahun lepas..

    BalasPadam
  15. bagus tips ni... thanks CCL..

    BalasPadam
  16. Tengah berjinak2 dlm business online..mula dri dropship..betul tu..mudah sb xpegang stok heee..kecik2 lelama besar haha

    BalasPadam
  17. Erm...tercari2 juga produk yang sesuai untuk dijual...nice sharing ccl

    BalasPadam
  18. Motivasi kurang setakat nii..tak konsisten..adoiii

    BalasPadam
  19. Wah info menarik utk newbie. Apa pun kena minat. yang tu penting.

    BalasPadam
  20. Dah lama buat busines online tapi jual produk org jew bukan sendiri punya.

    BalasPadam
  21. skrg ramai berniaga secara online. berjaya atau tidak rejeki memasing. Tau cara dan ada sedikit modal pasti akan berjaya secara perlahan2.

    gd sharing here

    BalasPadam
  22. Lama juga akak buat biz online. Alhamdulillah kalau kena dengan cara memang hasilnya lumayan. Apa pun dalam meniaga yang pentingnya kena ada minat dan juga jujur dalam berurusniaga.

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  23. good info for newbie. aina dulu2 start meniaga pon guna ilmu perdagangan time sk

    BalasPadam
  24. Dulu pernah buat bisnes online. Agak masuk juga walaupun bukan produk sendiri..

    BalasPadam
  25. Bagu ni boleh dibukukan tapi yang kelima tu macam susah nak kuar sekarang ni hehehe..

    BalasPadam
  26. Good tips. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  27. sy pon baru start bisnes online. thanx sbb bg panduan yg berguna ni.

    BalasPadam
  28. Minat tu paling utama. Kalau tak minat, memang sukar jugak la nak bertahan. Terima kasih sharing mengenai topik ni. Sangat bermanfaat.

    BalasPadam
  29. Teringin nak berbisnes tapi takleh nak sabar kalau jumpa cust yg banyak kerenah so kita just shopping online jela haha

    BalasPadam
  30. tq for sharing...cantik blog akak.

    BalasPadam
  31. Setuju semua point yang dikongsi. Begitu juga dengan saya dahulu. Minat dan sayang produk menjadi point pertama. Dah saya g perlu kongsi pada rakan-rakan.

    BalasPadam
  32. Tips yang ohsem.. Satu lagi kena pandai bahagikan masa.. Kikiki..

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !