Isnin, 10 Julai 2017

KALAU TAK BOLEH UBAH SITUASI, UBAHLAH PERSEPSI PEMIKIRAN KITA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...


ayat pembakar semangat, cara mudah selesai masalah, Kehidupan, liffe qoutes, mencari ketenangan, tips kehidupan, ubah pemikiran diri sendiri, ubah persepsi diri,



KALAU TAK BOLEH UBAH SITUASI, UBAHLAH PERSEPSI PEMIKIRAN KITA Hidup kita ni, kalau nak mudah tenang, jangan asyik rasa tak puas hati dengan orang.Belajar rasa tak puas hati dengan diri sendiri. Belajar marah diri sendiri. Belajar garang dan bertegas dengan diri sendiri.

Kawan, kalau kita salahkan orang, masalah akan makin panjang. Mulalah kita nak berlagak mangsa. Mulalah rasa nak minta simpati sesiapa. Nak suruh orang ni percaya. Nak suruh orang itu percaya. Nak suruh mereka sokong kita. Alahai.. Cerita seinci jadi sedepa!

Sungguh. Perangai tak puas hati dengan orang akan melahirkan banyak sifat mazmumah. Tanpa sedar, kita merungut dengan takdir Allah. Lepas tu, mengumpat orang. Lepas tu, lancarkan perang. Hal kecil pun boleh jadi besar.

Tapi kalau kita pandang masalah tu datang dari sisi kita sendiri, ianya akan jadi lebih mudah. Kita akan banyakkan muhasabah. Kenapa aku buat macam tu? Tak boleh ke aku jadi lebih baik dari itu? Tak boleh ke aku sabar lagi?

Kawan, kalau kita nak bahagia, jangan fokus pada masalah. Fokus pada penyelesaian.Carilah seboleh mungkin cara untuk tidak memanjangkan krisis yang ada. Kalau dengan meletakkan beban kesilapan itu di bahu sendiri boleh membantu situasi jadi lebih baik, mengapa tidak?

Manusia ni, sifatnya sangat defensif. Jarang kita nak hebahkan aib kita, keburukan kita. Jadi, kalau kita pilih untuk memandang kesilapan tu ada pada kita, maka kita akan tutup masalah tu segera.

Habis cerita! Kesimpulannya.. kalau tak boleh ubah situasi, ubahlah persepsi pemikiran kita sendiri. Tambah baik diri kita sendiri. Ia jauh lebih mudah dan menguntungkan!

9 ulasan:

  1. yup...selalu pandang diri sblm nk melihat kesalahan org,
    sebaiknya selalu buat self reflection

    BalasPadam
  2. apa yang org buat itu yg kita tak boleh nk kontrol. tapi apa response kita terhadap situasi tu yang sebenarnya menggambarkan siapa diri kita,...

    BalasPadam
  3. salam kenal CCL... erm,,, harus think positif selalu ni,,,

    BalasPadam
  4. Terbaik sangat pesanan macam ni. Especially bila kita deal dengan orang yang kita sayang and rasa susah nya dia nak faham aku. Why not, kita ubah persepsi kita? lower down our expectation. Then you will feel a peace in your heart! Ewahh.. :)

    BalasPadam
  5. Banyak orang mcm ni sekarang...

    BalasPadam
  6. seharusnya, kita berubah.
    jgn harap org berubah.
    perubahan kita tu akan beri byk kebaikan :)

    BalasPadam
  7. Yeahhh setuju sangat ni.. Ramai yg camni dalam dunia ni..

    BalasPadam
  8. Saya setuju! Belajar terima apa yang terjadi...Supaya lebih tenang hidup ni.

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !