Khamis, 29 Jun 2017

SALAM AIDILFITRI DARI BLOGGER CIKCAPPUCCINOLATTE


Assalamualaikum dan salam sejahtera .

salam aidilfitri, blogger cikcappuccinolatte,blogger utara, pantun aidilfitri,pantun hari raya,

SALAM AIDILFITRI DARI BLOGGER CIKCAPPUCCINOLATTE  .Salam Aidilfitri buat semua rakan serta sahabat online, blogger ,pembaca dan pengunjung laman blog CCL  ini . Sempena masih lagi di bulan Syawal yang mulia ini  , CCL ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan dan sahabat "Maaf Zahir & Batin".

Alhamdulillah, hari ini dah pun masuk syawal yang kelima, masih lagi dalam mood berhari raya walaupun tahun ini CCL  turut bekerja dihari raya.Alhamdulillah juga raya tahun ini dapat berkumpul bersama family selesai solat hari raya aidilftri.Pagi hari raya amat bermakna bagi CCL  berkumpul bersama sanak -saudara , walaupun masih bekerja, CCL  dapat jugak luangkan masa untuk family dan jugak sahabat handai . 

Mood raya tahun ini meriah macam setiap tahun, masing-masing berkumpul di rumah nenek CCL  . maka selepas itu perancangan beraya ke rumah sanak saudara diteruskan . Tema tahun ini untuk family CCL , CCL pilih warna royal blue untuk gandingan dalam pagi syawal ,sememangnya tiap-tiap tahun CCL  akan memilih tema warna raya untuk dipakai, korang pulak baju raya tahun ini macam mana ? Jenis apa ? Tema warnanya pulak ? .

Apa pun pakaian korang dihari raya , harap-harap pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat .Akhir kata , CCL ďisini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua yang mengenali CCL . Mohon maaf atas segala kesilapan .salam 0-0 yer . 





23

Ahad, 25 Jun 2017

7 SUNNAH HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Selamat hari raya aidilfitri,perkara sunat ketika hari raya aidilfitri,doa mandi sunat aidilfitri,aidilfitri,perkara sunat pagi raya,sunnah pagi raya aidilfitri


7 SUNNAH HARI RAYA AIDILFITRI


1. Mandi sunat.

Sebahagian daripada sunnah, mandi selepas waktu Subuh. Ada juga ulama yang katakan, pertengahan malam 1 syawal. Tapi yang paling penting, sunat mandi itu, sebab nak berhias cantik untuk pergi bertemu keramaian orang di pagi Syawal. Ada ulama turut menyatakan perempuan yang still dalam haid pun boleh sahaja mandi sunat hari raya. Tiada masalah padanya. 


2. Pakai baju baru dan wangian

Seeloknya warna putih but kalau kalian ada yang lagi cantik warnanya dan melambangkan kegembiraan, silakan pakai. Asalkan yang tak pelik dan jangan 'Show Off'.  Tiada maknanya pakai baju raya, Wak Doyok punya ke, Jakel punya ke, Lyaana Rahman atau Fattah Amin (Elrah Exclusive) ke, tapi pakai sebab nak 'Show Off'. Better simpan, jangan pakai, sebab nak didik hati sendiri supaya pakai pakaian yang terbaik yang di
Request Allah dalam Quran 'Libasut Taqwa' (Pakaian takwa) sahaja. Minyak wangi, Lelaki sunat hukumnya berwangian yang kuat. Perempuan pula yang light-light  sahaja, boleh, harus hukumnya.


3. Makan sikit sebelum keluar solat sunat raya 

Nabi punya cara, baginda akan jamah a few kurma. Nak tepat lagi, ikut hadis. Nabi akan ambil dalam jumlah kiraan ganjil kurma tersebut. Tapi tak kisah kalau bukan kurma pun. Makanlah apa-apa sikit. Asalkan sebelum keluar p solat, ok. Jangan pula time tu berpinggan-pinggan habis. Kejap lagi datang masjid, di bantainya 'Tidur' dan boleh pulak tidur time Imam bagi khutbah raya. Oh, jangan ya. Especially, Tok Imamnya. (Lucu)


4. Banyakkan bertakbir raya.

Bila waktu sunnah? Start malam 30 ramadhan sampai solat sunat Raya 1 Syawal didirikan pada pagi tu.


5. Pergi masjid, cuba untuk tak naik kereta, tapi berjalan kaki.

Ya, benar. Nabi punya cara, Nabi takkan naik binatang tunggangan, walaupun Nabi ada kuda, but Nabi pilih untuk jalan kaki. kalau sakitlah, jauhlah, dan apa-apa alasan yang relevan, x pelah. Naiklah kereta atau motor. Tak pe, tiada masalah. Ya, boleh, naiklah. Nak naik basikal, silakan. Namun, sunnahnya ialah 'Berjalan kaki ke masjid'. 


6. Datang masjid guna jalan lain, balik dari masjid guna jalan lain.

Ini pun sunnah. Ya. Nabi akan begitu. Baginda guna satu jalan ketika nak pergi, dan takkan guna jalan yang sama ketika pulang. Nabi biasa ziarah rumah sahabat2 terus lepas habis event di masjid di pagi raya. Jadi ni mungkin a bit different dengan culture kita sekarang. Sebab kita memang balik rumah terus. Yelah, sebab nak salam-salam maaf dulu daripada Atuk sampailah ke cucu. Lepastu baru fikir nak makan dan ziarah rumah jiran-jiran tetangga. (Tradisi raya kan) Ok, x pe. Tiada masalah padanya.


7. Muka tolong manis-maniskan dengan senyuman dan ucapan tahniah.

Jangan nak ketat sangat muka time raya ni, maniskan ok. Senyum. Ha, begitu. Kan elok.  Selitkan ucapan sunat 'Tahniah Raya' saat bertemu, bertegur sapa dan berjabat tangan. 

'Minal 'aaidin wal faaizin'
(Semoga Allah menemukakan kita dengan Aidil Fitri seterusnya dan menjadikan kita daripada golongan yang berjaya)


Taqabalallahu minna wa min kum 
(Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan mereka)


Sedikit catatan extra:

Perempuan haid boleh datang masjid, untuk dengar khutbah, tapi diluar dan x masuk masjid ya. Kemudian ziarah kubur, bila-bila boleh, tiada waktu spesifik. Siapa yang boleh? Lelaki pasti, perempuan yang kuat hati & stabil emosinya, boleh. 
Baiklah itu sahaja, dengan ini CCL nak ambil kesempatan mengucapkan 'Minal 'aaidin wal faaizin'  buat semua umat Islam, selamat menyambut kedatangan 'Syawal 1438 Hijrah'.

Moga kita bertemu lagi di ramadhan tahun 1439 Hijrah pula.

Sebarkan biar ia terus dibaca sepanjang hari ini dan esok..salam aidilfitri . 


8

Sabtu, 24 Jun 2017

3 TIPS BALIK KAMPUNG


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


tips balik kampung , tips mudah sebelum balik kampung , tips seblum memulakan perjalanan jauh , tips perjalanan

3 TIPS BALIK KAMPUNG  Semua orang sudah tahu, yang raya tahun ini jatuh pada hari Ahad bersamaan dengan 1 Syawal (Semua orang tahu 1 Syawal. Ala bergurau sikit pun tak boleh?). Justeru, sudah tentu masing-masing tidak sabar hendak balik kampung sambil nyanyi lagu balik kampung, ho ho ho balik kampung.Seronoknya dapat balik kampung berjumpa ibunda ayahanda tercinta. Adik beradik dan sanak-saudara. Ketupat lemang jangan dilupa.Yang tidak dapat balik kampung, sabarlah ya!Berikut 3 Tip balik kampung sebagai ingatan bersama.Asalnya 10 Tip. Tapi malas pula hendak menaip panjang - panjang 



1. KERETA

Perkara paling penting sebelum balik kampung ialah memeriksa keadaan kereta. Semak meter sama ada suda servis atau belum. Hendak berjalan jauh bukan boleh dibuat main, kan?memang, sekarang bukanlah masa terbaik untuk servis  di pusat servis Honda, BMW, Toyota, Mercedes, Audi dan sebagainya. Sudah pasti mereka tidak menerima lagi kalau mahu servis. Kereta penuh. Sebagai alternatif, hantarlah ke kedai biasa untuk memeriksa keadaan enjin, minyak hitam, bateri, air dan sebagainya.Kalau pandai, boleh buat sendiri. Tapi kalau pandai pun, sibuk pula kan.

Tayar pun jangan lupa tengok. Ada bunga atau tidak. Ada angin atau tidak. Kita mahu memandu jauh. Sudah pasti tayar perlu berada dalam kondisi yang selamat supaya perjalanan lancar dan bertenaga.

Paling penting, isi minyak biar penuh. Mana tahu tidak jumpa stesen minyak di tengah jalan. Atau stesen minyak sesak orang berpusu-pusu. Atau stesen minyak kehabisan minyak. Dan ya, kad TnG pun perlu ditambah nilai dengan segera sebelum masuk ke lebuhraya.

Kalau balik naik motosikal pun sama. Periksa keadaan motosikal awak. Bagi yang naik kapal terbang, bas, keretapi atau mana-mana pengangkutan awam, semak tarikh, hari dan masa perjalanan. Tersilap tengok tarikh buruk padahnya.



2. RUMAH

Pastikan kita meninggalkan rumah dalam keadaan yang berkunci. Pastikan CCTV di rumah dalam keadaan yang baik.(Amboi, rumah awak ada CCTV ke? Orang kaya ni.)Jangan lupa isi borang balik kampung dan serahkan kepada pihak yang sepatutnya. Ini penting supaya peronda yang memantau tahu kawasan rumah anda.

Banyak perkara yang berkaitan rumah perlu diselesaikan sebelum balik kampung. Antaranya ialah:

i. Pastikan tong sampah dikosongkan. Jangan biarkan ada sampah terutama sampah basah kerana ia pasti akan berulat kalau tinggal lama.

ii. Nasi dalam periuk elektrik pun perlu dibuang segera kalau tidak habis. Segera basuh selepas memasak sebelum meninggalkan rumah. Jangan sampai ia berlumut hijau.

iii. Pastikan semua suis lampu, kipas, pendingin hawa, pemanas air, plug, pili air ditutup. Kalau boleh tutup meter pili air di luar rumah, mana tahu ada kebocoran. Oh ya, jangan lupa tutup gas memasak di dapur.

Oh ya, jangan lupa simpan barang berharga di tempat tersembunyi yang paling selamat. Pencuri sekarang sudah bijak pandai. Sembunyi macam mana pun mereka boleh cari. Ikhtiarkanlah, sembunyikan di tempat yang paling strategik.

Jangan lupa baca doa tinggalkan rumah. Buat 'pagar' sendiri dengan bacaan-bacaan tertentu. Boleh cari dalam internet ayat pagar rumah supaya pencuri tidak dapat masuk. Kalau dapat masuk pun, tidak jumpa jalan keluar. Padan muka. Pernah baca kan kisah pencuri yang terperangkap dalam rumah selama seminggu tidak jumpa jalan keluar.

Sekali lagi ya, diulangi, paling penting, jangan lupa kunci pintu dan pagar. Mana tahu tengah kalut-kalut, lupa pula hendak kunci pagar. Atau ada juga kes tertinggal kunci pada tombol. Seminggulah tergantung di situ kalau tidak ada sesiapa tahu.Kalau perlu, ambil gambar keadaan sebelum meninggalkan rumah. Boleh dijadikan bahan bukti kalau ada apa-apa berlaku di kemudian hari. Tapi begitulah, mohon dijauhkan.



3. BEG & BARANG-BARANG

Seronok sebenarnya isi barang dalam beg. Tidak sabar hendak masukkan dalam bonet kereta. Seronok-seronok juga. Tapi jangan lupa semak semula. Takut ada yang tertinggal.Pastikan bekalan baju mencukupi. Barang-barang kelengkapan diri jangan lupa. Sabun, berus gigi, ubat gigi, syampoo, sabun, bedak, minyak wangi. Betul, tertinggal ubat gigi boleh beli di kampung. Tapi kalau ubat gigi masih ada, baik bawa balik sahaja yang mana ada. Jimat.Sekarang tidak macam dulu. Isi baju seluar dalam beg, balik kampung. Kini macam-macam kena bawa balik. Charger telefon, charger iPad, Charger tablet dan sebagainya.

Paling penting, jangan lupa bawa balik baju raya. Termasuklah songkok, butang baju Melayu, tudung Naelofar, sampin dan sebagainya.Kalau tertinggal, menangislah di RnR.Satu lagi. Ada beli biskut raya kan? Jangan lupa bawa balik. Duit raya pun jangan lupa tau.


Semoga selamat dalam perjalanan. Saya akhiri dengan serangkap pantun.


Di jalan raya jangan berlumba
pandu cermat jangan tergesa
Hari raya menjelang tiba
semoga selamat balik ke desa.
3

Khamis, 22 Jun 2017

JANGAN SEKAT REZEKI ORANG



Assalamualaikum dan Salam sejahtera 


Rezeki,doa murah rezeki,rezeki setiap orang ,bazar ramadhan,bazar ramadhan yang popular


JANGAN SEKAT REZEKI ORANG  Bazar oh bazar..Hari ini kita duk bangga kita tak gi bazar. Alhamdulillah anda ibu yang HEBAT sebab ada masa untuk masak untuk family. Itulah yang terbaik sebenarnya, masakan dari air tangan kita sambil zikir masa masak. Doa baik2. 

Tapi bagaimana pulak dengan orang yang sibuk, balik kerja dah lambat. So bazar la jadi tumpuan untuk mencari juadah berbuka untuk family, dalam kepenatan kerja, bazar la tempat tumpuan..


Tak Salah pun gi bazar, janji kita jaga aurat kita sambil doa hidayat untuk semua, yang berniaga Kat Bazar pun orang islam kita. Mereka mencari pendapatan dengan berniaga. Dan kita untuk elak benda yang tak elok, masuk bazar baca DOA. TAWAKAL pada Allah, sambil boleh IKRAM orang berniaga bazar. Mereka pun perlukan hidayat jugak.

Umat jauh dari agama, kita yang kena doakan. Setiap benda kita nampak,doa baik2, doa hidayat untuk mereka.

Mereka berniaga untuk mencari REZEKI yang halal untuk rezeki family mereka. Tak dinafikan ada peniaga yang hanya nak raih untung, tak pa. Kita baca DOA, Allah akan pelihara diri kita. Doa mintak dengan Allah mudahkan urusan kita semasa berbelanja di bazar dan niat membeli untuk family dan ikram peniaga, itu pun sumber HIDAYAT.


Hidayah itu milik Allah. jangan kita menolak ke tepi sahabat seagama kita. sebaliknya tanggungjawab kita dalam mendoakan dan menarik mereka ke arah yg baik... bukan kita awal2 melabel buruk...


CCL  juga sesekali membeli di bazar kerana sebenar kita sesama muslim adalah saling memerlukan saling melengkapkan...

Selamat berbuka puasa ..


10

Rabu, 21 Jun 2017

RM5 BOLEH DAPAT 120 KEPING SAMPUL DUIT RAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sampul duit raya, tutorial sampul duit raya,design sampul duit raya,homemade sampul duit raya,sampul unik untuk duit raya


RM5 BOLEH DAPAT 120 KEPING SAMPUL DUIT RAYA Harini CCL nak share cara nak buat sampul duit raya. Sangat senang. Semua orang boleh buat. Yang penting jimat, dan satu lagi yang penting mestilah rajin .Zaman Bangjib ni kena la berjimat cermat. Ni kalau beli RM3 baru dapat 8 keping. So tak payah nak membazir sangat sebab ending dia dalam tong sampah jugak. Isi dalam tu penting.not bad la kan walau takde tulis selamat hari raya. Dah cakap kan isi dalam tu penting.


BAHAN

1. Kertas pembalut hadiah (beli je kat mana-mana yang korang rasa paling murah. Beli satu packet terus. Kalau beli satu-satu mahal. Satu packet ada 10 keping rate harga RM4-7 je.

2. Pisau

3. Gam



STEP BY STEP


Sampul duit raya, tutorial sampul duit raya,design sampul duit raya,homemade sampul duit raya,sampul unik untuk duit raya
Step 1: Lipatkan kertas pembalut hadiah kepada 4 bahagian macam dalam gambar. Nampak kan.

Sampul duit raya, tutorial sampul duit raya,design sampul duit raya,homemade sampul duit raya,sampul unik untuk duit raya
Step 2: Haa dah elok sama boleh la potong. Jadi la 4 keping macam dalam gambar. (TBH dengan Aniena tu pelakon pembantu je taknak bagi terbang


Sampul duit raya, tutorial sampul duit raya,design sampul duit raya,homemade sampul duit raya,sampul unik untuk duit raya
Step 3: Ok ni pulak lipat kepada 3 bahagian. Make sure sama ye. Then potong.Jadi 3 keping macam dalam gambar tu. 3x4=12 kan. So dapat 12 keping sampul raya. Ngam ngam je tak membazir.



Sampul duit raya, tutorial sampul duit raya,design sampul duit raya,homemade sampul duit raya,sampul unik untuk duit raya
Step 4: Lipatkan bahagian kanan dan bawah. Lipat kecik je macam dalam gambar.Then lipat macam gambar sebelah tu

Sampul duit raya, tutorial sampul duit raya,design sampul duit raya,homemade sampul duit raya,sampul unik untuk duit raya
Step 5: Ok yang bahagian atas tu potong sikit. Pandai-pandai la kemaskan nak lipat jadikan penutup.


Sampul duit raya, tutorial sampul duit raya,design sampul duit raya,homemade sampul duit raya,sampul unik untuk duit raya
Step 6:Dah boleh gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantiksss


Sampul duit raya, tutorial sampul duit raya,design sampul duit raya,homemade sampul duit raya,sampul unik untuk duit raya
Haa dah siap



17

Isnin, 19 Jun 2017

SOLOK LADA


Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Blog resepi ,solok lada,resepi solok lada,solok lada mudah,gambar solok lada


SOLOK LADA Hari ini CCL  kongsikan Resepi membuat Solok Lado 

Bahan-bahan

7 tangkai cili hijau
1 ekor ikan kembung
3 sudu besar kelapa parut yang telah di sangai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia
1 sudu teh lada hitam
1 cawan santan
garam dan gula secukup rasa
asam limau


Cara membuat 


Blog resepi ,solok lada,resepi solok lada,solok lada mudah,gambar solok lada

Cili hijau kita belah tengah dan buang bijinya
Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa.

Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung. Tumbukkan juga kelapa yang telah di sangai tadi.Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasaJika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam

Lada kita belah 2 dan buang biji tengahnya
Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh. Susun dalam periuk.Tuangkan santan.Rebus hingga masak. Boleh juga di kukus.
10

Ahad, 18 Jun 2017

EKSPRESS KAD RAYA GA BY NINA


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segmen,contest blog,giveaway,kad raya,kad raya blogger,design kad raya ,kad raya murah,kad raya cantik


Syarat
- follow blog nina 
-Buatkan satu entri tentang segmen ini 

Hadiah
-kad raya untuk 21 pemenang 

Bagaimana nak join ? 
Klik SINI atau boleh klik pada banner di atas 

Tarikh tamat GA 
-16 jun 2017 -18 jun 2016 

Ayuh ramai-ramai meriahkan ..





7

Rabu, 14 Jun 2017

GIVEAWAY KAD RAYA SS 2017



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



GIVEAWAY KAD RAYA SS 2017


Syarat penyertaan :-

  • Beralamat di Malaysia
  • Follow blog Syeeda 
  • Buat satu entry bertajuk "GIVEAWAY KAD RAYA SS 2017"

Bagaimana nak join ? 
  •  Klik SINI atau banner di atas 

Hadiah menanti para pemenang berupa kad raya.. ayuh meriahkan GA ini .. 


7

Selasa, 13 Jun 2017

KENAPA ADA SESETENGAH MANUSIA YANG BENCI ORANG ?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Manusia yang benci sesama manusia,kehidupan manusia,cabaran hidup,personal life,


KENAPA ADA SESETENGAH MANUSIA YANG BENCI ORANG ? Dalam dunia ini tak semua orang akan sukakan kita, ada jugak yang tak suka kita tanpa sebab..mungkin cemburu dengan kelebihan yang kita ada.tapi kenapa sampaikan mereka membenci kita ? Kadang kita terfikir… Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka. Namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita. Berkata-kata buruk tentang kita di belakang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita.
Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita berjalan, mungkin pada mata, mulut, hidung dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita. tertentu but they keep on stalking that person's page. Why?

Kalau kita follow page someone sebab kita suka, sebab kita jadikan dia inspirasi, itu lain. Tapi kalau kita follow sebab kita nak check on them, siap zoom gambar semata-mata nak cari kesilapan, nak mengutuk then bila jumpa. Terus viralkan

Pernah terpikir tak sebab apa? Salah satu sebabnya, that person has impacted your life. Perasaan yang awak dapat while snooping around with these particular people bukanlah satu perasaan yang seronok. Tapi kenapa masih jugak continue stalking? Sebab dia ni sangat menyakitkan hati. Sebab dia pernah melukakan hati kita sangat-sangat. Padahal it never caused positive emotions pun dan tak akan membuatkan you feel better.

Kenapa masih lagi buat kerja takda life macam tu?
Kenapa masih rajin usha or follow akaun media sosial dia? Kalau dengan follow dia, boleh jadikan inspirasi untuk diri jadi lebih baik, takpa. Tapi kalau menjadikan kau semakin sakit jiwa, baik unfollow


6

SEGMEN 24JAM BLOGLIST #26 MIALIANA.COM


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
7

Isnin, 12 Jun 2017

SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM


Assalamualaikum dan salam sejahtera

SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM


Ucapan Hari Raya khas buat blogger naniena 

Begitu hening subuh di pagi raya
hati sayu teringatkan rakan seraya
walau hanya berjauhan cuma
lantas hati seraya berkata
jauh jauh hanya dimata
dihati tersisip rindu bermakna. 


Berbaju indah cantik menawan
berjalan bertandang ke rumah kawan
salah silap tinggal kenangan
berjabat tangan saling bermaafan.


Kuih raya jadi santapan bonda
kemana pergi si anak dara
ketupat rendang jangan dilupa
adat kita menjamu selera
tetamu meriah sanak saudara
mengeratkan hubungan sesama keluarga.


Syawal dirai syukuri illahi
ramadhan pergi sayu dihati
keberkatan lailatul qadar harus dicari
semoga suci jiwa sejahtera harmoni.

Sempena mulianya aidilfitri
ku mohon maaf andai disakiti
bukan sengaja hakikat duniawi
nafsu syaitan kuasai diri
begitulah kita hamba madani
teguhkan ukhwah bangkit membina diri.


Salam Aidilfitri ..

Sila klik banner untuk join segmen ini 


7

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG BY SHAHIRAH ARMY


Assalamualaikum dan salam sejahtera




Haiii,Selamat Tengahari dan selamat berpuasa.. today CCL nak ajak korang join satu segmen .. CCL  pun baru aje follow blog blogger shahirah army ni .. so dia ada anjurkan satu segmen ..ayuh ramai-ramai join .

Syarat
  1.  Follow blog beliau dan follow blog semua peserta yang join segmen ini 
  2. Buatkan satu entri untuk segmen ini 
  3. Letakkan id blog 《blogID=4752697300844579790 blog id CCL  》

Tarikh tamat segmen 
  1.  29 June 2017 

Menariknya segmen ini 
  1.  InsyaAllah sesape yang join segmen ini akan dapat meningkatkan follower blog ..sape yang tak nak kan follower blog yang ramai , kita juga boleh kenal dengan blogger- blogger yang baru nak mencipta nama dalam dunia blog ini .. 

Cara mudah nak join 
  1.  Klik SINI
  2. Klik banner 

11

Ahad, 11 Jun 2017

TIPS NAK STEAM WAJAH,JANGAN BUAT HARI-HARI SEBABNYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

TIPS STEAM WAJAH,JANGAN HARI-HARI Siapa sini yang suka steam muka ? Angkat tangan ..Macam CCL suka jugak steam muka ni selepas cuci muka bebas segala kotoran .Kekerapan CCL  steam muka dalam seminggu itu boleh dikatakan dua atau tiga kali seminggu mengikut kerajinan jugak . Steam muka jangan buat hari hari. Kulit boleh kering. 2 kali seminggu should be enough. Kenapa nak kena steam muka? Steam muka helps in opening your pores. So anything yang kita apply lepastu akan jadi lebih effective.Dan jugak akan lebih mudah untuk cleanse impurities yang trapped inside pores kita. Selain tu, steam muka akan bantu lembutkan bumps yang ada underneath your skin. Bumps lembut, lebih mudah untuk scrub and extract.



Tips kecantikkan,cara steam wajah,kekerapan steam wajah,kenapa perlu steam wajah,cara steam wajah dirumah


Cara nak steam muka

1.Amik besen yang bersih and letak air panas dalam tu. Agak agak lah banyak mana tapi biar cerdik sikit. Lepas dah isi air tu,amik tuala and selubung kepala and dekatkan muka dengan besen tadi tu. Pastikan kepala selubung dengan besen tu untuk perangkap haba. Barulah namanya steam. Kalau biar haba tu lepas tak jadilah steam.

2. Duduk je situ diam diam untuk 8-10 minits. Dalam air panas tu boleh je nak letak tea tree oil sikit. Ataupun epsom salts. Nak calming effect letak EO lavender oil. Atau chamomile. 

3.Lepastu boleh proceed pakai masker atau scrub. Lepas dah settle pakai masker atau scrub semua tu tadi make sure splash dengan cold water atau pun pakai toner. Untuk tutup balik pores.

4. Nak lagi rasa syok, buatlah ice rub. Lagi seronok. Tapi pastikan balut ice tu guna tissue atau clean towel.


Tapi sekarang dah moden .CCL  tengok di sosial media ada barangan berfungsi sebagai steamer muka  dah dijual. So uolls semua selamat steamkan muka uolls. Tapi dingatkan jangan buat hari-hari .






Tak pernah lagi mencuba produk perlashine ?
Apa kata kita register PerlaShine ini,Safiey Ilias nak bagi percuma untuk 1000 orang yang pertama.klik banner !! 
6

Jumaat, 9 Jun 2017

PENTINGNYA TONER SELEPAS CUCI MUKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


PENTINGNYA TONER SELEPAS CUCI MUKA  Hai semua..entri kali ini bersiaran mengenai tips kecantikkan untuk wanita-wanita yang sudah semestinya sukakan kecantikkan . CCL nak cakap pasal toner & mungkin khas untuk yang dah putus asa dalam mencari toner yang sesuai dan best. Mungkin untuk species kedekut jugak. 

Cleansing your face ialah part paling penting untuk jaga kulit. Cuci muka and toning ni go in hand sebenarnya. Tiap kali lepas cuci muka tu janganlah seronok sangat sebab dah takda step seterusnya. Semestinya ada. Kata nak cantik? Dahtu takkan cuci muka je dah glowing. Cuci muka je tak cukup untuk get rid impurities yang ada dekat muka. So toner akan bantu untuk remove any leftover product yang cleanser tak berjaya nak cuci. 

Toner jugak sejenis cecair yang tolong untuk restore balik pH kulit muka kita. Walaupun rupa dia macam air tapi dia sangat bermanfaat dan mendatangkan hasil untuk dituai kulit. CCL Nak inform siap siap, sebelum proceed dengan homemade remedies, sila buat patch test. What works on others might go as a curse for you 😎



Tips kecantikkan,toner muka,tips pemakaian toner muka,apply toner selepas cuci muka ,cara pemilihan toner mengikut kulit muka



1. Toner for oily skin (Epsom salts toner)
1tsp epsom salts + mineral water
Mix dua dua bahan ni dalam spray bottle lepastu goncang untuk bagi dia larut. Mineral water tu sampai maximum volume spray bottle tu. Once dah larut,bolehlah guna as toner atau face mist. Epsom salts ada deep reach actions in which dia boleh penetrate pores korang and buat kerja kerja mencuci. So epsom salts ni akan absorbs excess oil and dehydrates bacteria yang grow in clogged pores

2. Dry and Normal skin (Rose water toner)

Banyak je orang jual benda ni. Beli rosewater dekat kedai pastu mix dgn 200ml air. Toner boleh guna cotton pad dulu. Lepastu baru dab kat muka. Nak spray terus pun boleh. Rasa rasa malas tu beli je toner & transfer dalam bottle spray. Lepastu tinggal spray je kat muka

So lepas ini , agak-agak ramai tak yang akan pakai toner lepas mencuci muka ? ..





Tak pernah lagi mencuba produk perlashine ?
Apa kata kita register PerlaShine ini,Safiey Ilias nak bagi percuma untuk 1000 orang yang pertama.klik banner !! 



10

Rabu, 7 Jun 2017

GIVEAWAY FREE 1000 PERLASHINE BY SAFIEY ILIAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Sampel perfuma,perlashine percuma,giveaway perlashine,perlashine safiey ilias


To all yang belum lagi mencuba produk PerlaShine ayuh ramai-ramai join Giveaway yang Safiey anjurkan .. 1000 PerlaShine percuma untuk 1000 pemenang ..setiap PerlaShine bernilai RM140

Syarat
  • Register detail korang kat SINI

Giveaway bakal tamat pada 9 Julai 2017


Bagaimana nak join 

5

Selasa, 6 Jun 2017

Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani


Assalamualaikum & salam sejahtera


Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani


sampul duit raya , sampul duit raya murah , design sampul raya , segmen aidilfitri ,

Sempena bulan Ramadhan ini bukan main rancaknya rakan -rakan blogger anjurkan segmen duit raya , kad raya , sampul raya ... 

Kali ini CCL  join GA  dari blogger kasihkuamani .. 
Hadiah yang menanti peserta yang join GA ini berupa
  • 8 set sampul duit raya beserta 8 keping kad raya pada setiap pemenang 
  • 12 keping kad raya untuk pemenang saguhati .. 
Giveaway bakal tamat pada 7Jun 2017 ..
ayuh ramai-ramai join . 

P/s: tekan banner kat atas 


11

Jumaat, 2 Jun 2017

SEGMEN "SAYA NAK KAD RAYA" BY DUNIASHIDA.COM


Assalamualaikum dan salam sejahtera 

SEGMEN "SAYA NAK KAD RAYA" BY DUNIASHIDA.COM




syarat untuk join segmen ini 
  • follow blog DuniaShida
  • create satu entri tentang segmen ini 
  • nyatakan sebab-sebab kenapa blog DuniaShida unik 

hadiah menanti para pemenang 
  • 1x pemenang bertuah akan dapat duit raya
  • semua peserta segmen ini akan dapat kad raya dari blogger DuniaShida

nak join :
  • tekan SINI atau klik banner di atas 

pesanan penaja 
  • jangan lupa submit entri ini ke email shidaeasyprint@gmail.com detail (NAMA, LINK ENTRY & ALAMAT PENUH)

keunikkan blog DuniaShida bagi mata CCL 
  • dari CCL mula follow blog ini , sta menggunakan tema warna biru 
  • blogger DuniaShida juga dapat jadi sifu pada CCL untuk mengorek ilmu- ilmu berkaitan dengan tutorial blog . 
  • blog DuniaShida juga terselit dengan pelbagai tips yang berguna 



11

Khamis, 1 Jun 2017

GIVEAWAY POSKAD ANIMASI AIDILFITRI BY BONDE ZAIDALIFAH



Assalamualaikum dan Salam sejahtera 

poskad animasi aidilfitri , poskad raya , poskad hari raya , poskad aidilfitri yang murah , segmen , giveaway



5 syarat untuk join Giveaway diatas 
  • buatkan entri berkaitan GA tersebut
  • follow blog / FB / Instagram / Twitter bonda zalifah

Hadiah menanti pemenang 
  • 4 keping poskad animasi aidilfitri untuk 4 orang pemenang 

tarikh tamat GA 
  • 5 jun 2017

bagaimana nak join GA kat atas ?
  • boleh terjah SINI atau tekan banner yang cantik kat atas 


9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !