Selasa, 30 Mei 2017

MURTABAK ANTARA MENU WAJIB DI BULAN PUASA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Murtabak,menu bulan puasa,resepi murtabak,murtabak sedap,resepi murtabak mudah,murtabak cheese,murtabak daging,murtabak ayam,murtabak bersama kuah gulai,murtabak bulan puasa,murtabak maggie,murtabak kulit popia


MURTABAK ANTARA MENU WAJIB DI BULAN PUASA  CCL pun tak tahu kenapa setiap kali menjelang ramadhan, murtabak mesti menjadi rebutan. Walhal masa bulan lain bukannya tak ada jual. Tapi bila bulan puasa sahaja, bukan main panjang orang beratur demi sekeping murtabak. Dah macam scene pelancaran tudung Fareeda pulak.

Tak kisahlah apa pun juadah berbuka kita. Selera masing-masing tak sama bukan. Cuma, dalam membeli pastikan kita tidak membazir. Kalau perut bersaiz S, tak perlulah acah-acah nak makan macam perut kau saiz XL. Cukuplah sekadar mengenyangkan.

Membazir ini bukan bermaksud kau membeli sampai penuh tangan kiri kanan. Bukan begitu. Jika beli banyak sekalipun namun ia habis dimakan,  itu tiada masalah. Barangkali selera kau besar.Juga tak perlu memandang serong mereka yang berbelanja besar untuk berbuka. Bersangka baiklah dengan mereka yang membeli juadah berbuka dengan banyak. Siapa tahu banyak perut yang perlu mereka isi di rumah. Anak dan isteri misalnya. Siapa tahu entah mereka berkongsi rezeki dengan yang lebih memerlukan.

Lihat diri kita sendiri sudah memadai. Apakah murtabak yang kita beli itu habis dimakan? Atau ia berakhir dengan tragis di dalam sinki, tong sampah, malah dibiarkan basi di bawah tudung saji. Semoga kita terpelihara dari sikap begini.Jadi marilah kita sama-sama menyambut Ramadhan Al Mubarak. Bukannya Ramadhan Al Murtabak.

9 ulasan:

  1. Pengajarannya, Ramadhan bukan bulan untuk bermewah2 makanan.

    BalasPadam
  2. first puasa haritu takdapat makan murtabak hahaha

    BalasPadam
  3. Tetiba craving pulak. Esok nak beli la hehe

    BalasPadam
  4. sebut pasal murtabak ni, teringat murtabak abam bob.. Mabelesss...

    BalasPadam
  5. alamak.
    lom merasa murtabak lg!
    sedap nyer murtabak...

    BalasPadam
  6. tahun ni belum lagi buka dengan murtabak...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #30.

    Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/05/senarai-url-blog-30.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari ini. Gud luck.

    - Mia Liana

    BalasPadam
  7. 2 kali dah beli murtabak kat bazar puasa tahun ni

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...