Selasa, 9 Mei 2017

CINTAI KERJAYA ATAU MENYUKAI TEMPAT KERJA MANA SATU PILIHAN YANG LEBIH BAIK ?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

CINTAI KERJAYA ATAU MENYUKAI TEMPAT KERJA MANA SATU PILIHAN YANG LEBIH BAIK ?Tentang pekerjaan. Selalu kita dengar ayat begini, seberat-berat pekerjaan, akan menjadi ringan kalau kita tidak mengerjakannya.Tapi itu bukan penyelesaiannya.

Ada masa, kita selalu mengeluh tentang kerja kita. Kerja kita mungkin tergolong dalam kategori 3D. Dangerous, difficult dan dirty.Kerja mencuci gigi ikan jerung mungkin tergolong dalam kategori bahaya. Kerja membilang bulu kambing mungkin sukar. Atau kerja cuci najis zirafah mungkin kotor.Kita mungkin beruntung. Bagaimana kalau kerja yang melibatkan ketiga-tiga kategori. Mencuci kandang singa misalnya - bahaya, susah dan kotor datang serentak.Semua orang mempunyai impian yang tinggi dalam kerjaya masing-masing. Siapa tidak mahu buat kerja senang, tapi gaji mahal. Kerja mudah dibayar tinggi.Kerja goyang kaki (tukang jahit) pun memerlukan kepada komitmen yang tinggi.

Konsepnya di sini mudah sahaja. Cintai kerjaya kita. Bukan menyukai tempat kerja kita. Kalau kita menyukai kerjaya kita, campaklah ke mana sahaja pun kita boleh hidup. Namun, kalau kita hanya menyukai tempat kerja kita, tatkala ditukarkan ke mana-mana, kita akan terumbang-ambing.Hilang pedoman.


cara apply jawatan kosong, cintai kerjaya mahupun tempat kerja, jawatan kosong, jawatan kosong seluruh malaysia, laman web jawatan kosong, lan web jobmalaysia, tips resume yang lengkap, tips temuduga,

Kata Plato, orang yang ingin bergembira harus menyukai kelelahan akibat pekerjaan.Sahabat, tidak ada pekerjaan yang tidak melelahkan. Tidak ada pekerjaan yang senang. Berilah contoh apa sahaja. Polis, tentera, guru, pegawai bank, kerani, posmen, peniaga, penjaga tiket, penjual nasi, atau apa sahaja - semuanya ada kesusahan yang tersendiri.

Orang mungkin tengok senang. Tapi tidaklah sesenang yang disangka.Di dunia, ada berpuluh-puluh ribu jenis pekerjaan.  Pilihlah mana-mana pekerjaan yang sesuai. Jangan terlalu memilih sangat. Asalkan ada peluang. Tatkala kita mendapat pekerjaan yang tidak kena dengan kelulusan kita, gaji yang tidak setimpal, atau terlalu sukar, bandingkanlah dengan orang yang langsung tidak ada pekerjaan.Ada orang menghantar ratusan resume namun tidak pernah dipanggil untuk temuduga. Ada orang yang tidak pernah puas dengan satu pekerjaan. Kerja, minta berhenti. Kerja, minta tukar. Kerja, minta naik gaji.

Seterusnya, tentang konsep pekerjaan itu sendiri. Memang semua orang bekerja kerana wang. Tapi apa salahnya kitar tukar konsep. Bekerja kerana mencari rezeki yang halal.Akhirnya, hanya pekerjaan yang ikhlas sahaja menjadikan kita tenang dalam menghadapi alam pekerjaan itu.Usah bandingkan kerja kita dengan kerja orang yang lebih tinggi. Sebaliknya, sentiasalah bersyukur dengan nikmat pekerjaan yang Tuhan beri.

10 ulasan:

  1. singgah selasa
    hari ini x berapa sihat
    keep in touch

    BalasPadam
  2. dua2 penting sebenarnya.. Kena cintakan kerja dan juga kene ada suasana kerja yang best.. Baru syok bekerja..

    BalasPadam
  3. Cintai kerjaya dulu sebab boleh bertahan lama dalam sesuatu bidang tapi perlu jugak seiring dengan cintai tempat kerja.. Kalau x suka pi tempat kerja haru Cik CL boleh dilanda kemurungan.. Hihihi

    BalasPadam
  4. Pengalaman saya sendiri bekerja. Kedua-duanya sama penting. Saya sendiri ada kawan yang sukakan kerjaya nya..tapi disebabkan environment di tempat kerjanya yang tidak sihat, lalu beliau berfikir panjang untuk resign. Sekarang sedang mencari kerja lain pula :) apapun saya sokong, bekerja untuk mencari rezeki yang halal.

    BalasPadam
  5. Kena bersyukur dan ikhlas dlm mlksanakan tgas kita.

    BalasPadam
  6. cinta kerjaya tp suasana tempat keja tak ok, tak best juga.

    BalasPadam
  7. ikhlas dan sabar kuncinya.

    BalasPadam
  8. aida terjah blog ccl :)
    both are very important kan.
    suka dgn keje.
    suka kan tempat keje.
    both rasa nyer complete each other.
    aida pernah terkena, tempat keje x best.
    walaupun kita suka kan apa yg kita buat, bila surrounding x best, memang x jadik keje!
    hi hi hi...

    BalasPadam
  9. Bersyukur dengan apa yang kita ada....kita akan rasa seronok =)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NEWS !