CINTA 100% -Kalau disuruh sukat cinta dia, mestilah jawapannya banyak!






CINTA 100% -Kalau disuruh sukat cinta dia, mestilah jawapannya banyak!,SINOPSIS NOVEL CINTA 100%



SINOPSIS


Bermula dengan mimpi, hidup Cassandra (seorang gadis free thinker) mula berubah 180%. Dia mula bosan dengan hidupnya yang penuh dengan keseronokan sebelum
ini.

Sejak dia mengalami mimpi yang sama saban malam, Cassandra mula resah dan tertanya-tanya. Jiwanya bagai kosong. Tetapi dia tidak tahu hendak bertanya kepada siapa. Cassandra menyimpan sendiri segala persoalan yang menganggu jiwa dan mindanya itu sehinggalah dia bertemu dengan sepasang suami isteri iaitu Hanafi dan Soleha.

Segala keresahannya terjawab satu per satu dan diamula meminati agama Islam. Cassandra membulat tekad untuk berhijrah menjadi Muslimah. Penghijrahannya itu
dirahsiakan dari keluarga dan sahabat baiknya. Dalam pada berguru dengan Hanafi dan Soleha, tanpa sedar Cassandra menaruh hati pada Hanafi kerana perwatakan lelaki itu.

Demi permintaan terakhir Soleha, Cassandra menerima lamaran wanita itu untuk menjadi madunya. Bagi Cassandra inilah peluang terbaik untuk dia mendalami agama
suci ini tanpa ada halangan dan fitnah. Namun, ternyata usaha Cassandra itu mendapat tentangan hebat. Perkahwinan rahsianya juga terbongkar. Dia diculik dan dipaksa murtad! Apakah Cassandra akan goyah imannya? Dan siapakah yang telah menculiknya?

“Kalau disuruh sukat cinta dia, mestilah jawapannya
banyak! Cintanya bukan cinta biasa tau. Cintanya 100%
hanya untuk Dia.”



Catat Ulasan

2 Ulasan

tinggalkan komen anda kat sini. . InsyaAllah CikCappuccinoLatte akan sentiasa membalas kunjungan