terangganu vs negeri sembilan 26 april 2013 ( liga super 2013)

Terengganu Vs Negeri Sembilan 26 April 2013 Liga Super 2013 Live Streaming Dan Keputusan Penuh Perlwanan.

 Pada petang ini, satu pertembungan 2 pasukan Liga Super 2013 akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu diantara pasukan tuan rumah Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Mengikut statistik 5 perlawanan terakir sudah semestinya kelebihan berpihak kepada pasukan Terengganu dimana mereka telah memenangi 3 daripada 5 perlawanan berbanding pasukan Negeri Sembilan yang tidak memperoleh kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir mereka.

Disamping itu, bermain di tempat sendiri memberi kelebihan kepada pasukan Terengganu berbanding pasukan Negeri Sembilan yang akan bertandang ke tempat lawan. Namun  demikian, keupayaan pasukan Negeri Sembilan tidak boleh dipandang rendah oleh pasukan Terengganu walaupun mereka berada di tangga tercorot liga.

Bagi mengelakkan tersingkir dari Liga Super musim hadapan, pasukan Negeri Sembilan haruslah membawa pulang 3 mata penuh. Jika tidak, peratusanuntuk mereka bermain dalam Liga Perdana musim hadapan adalah sangat tinggi.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan keputusan perlawanan yang akan diadakan petang ini iaitu pada jam 4:45 Petang

Catat Ulasan

0 Ulasan